Siti Khadijah Halim, bermula sebagai model dan kemudian semakin rancak menyusun langkah di dalam bidang lakonan. Figura ini bisa dilihat setiap Isnin di Astro kerana drama bersiri ‘Dukun Diva’ sedang merasuk penggemar drama Melayu. Drama ini dianggap berbeza, tidak memabwakan kisah klise seperti yang sering dihidangkan.
Kami menjemput ke studio minggu lalu untuk sama-sama ‘bermain’ gaya dengan kami, menggayakan himpunan terbaru Levi’s. Dan seperti dijangka Siti seorang yang fun bila di hadapan kamera. Biarpun ini adalah kali kedua EH! bersamanya, sudah terasa cukup dekat dan mesra. Ikuti temubual fesyen kami bersama Siti.
Berikan tiga perkataan yang menggambarkan karakter diri Siti?
Ini apa yang orang kata, bukan saya (ketawa). Orang kata saya seorang yang sensitif, dominan dan independent.
Pada Siti, apa itu stail?
Stail itu sesuatu yang malar segar (timeless), yang evergreen, yang menjadi statement kepada gaya atau penampilan seseorang.
Apakah identiti atau trademark gaya Siti?
Saya sukakan sesuatu yang oversize, dan biasanya saya suka menggayakan kardigan dan saya padankan dengan baju-t atau singlet.
Siapakah ikon fesyen Siti?
Saya sukakan Bella Hadid, Kiko Mizuhara dan Yaya Zahir. Bella Hadid dan Kiko bagi saya punya bentuk badan yang cantik, apa yang mereka gayakan sesuai dengan diri mereka. Saya juga suka cara mereka membawa diri; berjalan dan bercakap misalnya. Stail mereka juga berani.
Siapakah orang yang Siti kenal (mungkin rapat), yang Siti anggap sangat stylish?
Yaya Zahir. Bagi Siti dia seorang yang sangat pandai menyuaipadan apa yang dia gayakan. Bila mahu membeli sesuatu, saya suka bayangkan apa atau bagaimana Yaya Zahir akan pakai. Saya bukan mahu meniru gayanya tapi saya admire cara dia bergaya.
Adakah Siti seorang yang gemar bereksperimen dengan fesyen?
Saya seorang yang senang dengan gaya selamat. Saya lebih suka play safe, saya bukanlah seorang yang berani bereksperimen dalam berfesyen.
Potongan jean yang menjadi kegemaran Siti?
Saya sukakan wide-leg dan potongan lurus. Jika warnanya pula saya sukakan warna biru gelap. Saya juga peminat kodroi.
Apakah item yang banyak dalam almari baju Siti?
Kardigan.
Apakah harapan Siti untuk tahun 2022?
Saya berharap kerjaya saya akan lebih berkembang, dan saya juga mahu minda saya lebih terbuka dan berani untuk mencuba sesuatu yang baharu termasuklah dalam hal berfesyen.