EH! spot yang paling wow, paling berani, dan paling slay, jom tengok street style di KL Fashion Week 2025 yang mencuri tumpuan lensa kami
KL Fashion Week bukan sekadar pentas peragaan, ia juga medan sebenar gaya jalanan! Setiap tahun, selain rekaan hebat dari pereka tempatan yang ditampilkan di atas runway, kawasan sekitar lokasi fesyen ini turut berubah menjadi fashion arena tak rasmi, di mana para tetamu, influencer, dan fashion enthusiast tampil dengan gaya tersendiri yang penuh karakter.
Dari gaya edgy yang berani bereksperimen, ke sentuhan minimalis yang tetap chic, street style sepanjang minggu itu benar-benar mencerminkan identiti dan keberanian individu dalam berfesyen. Ada yang tampil bold dengan warna-warna neon dan siluet dramatik, dan ada juga yang memilih pendekatan laid-back tapi tetap bergaya. Apa pun stail pilihan, satu yang pasti, mereka tahu cara untuk mencuri tumpuan.
Inilah momen street style paling on-point yang sempat kami rakam sepanjang minggu fesyen paling hangat di ibu kota.
Baca:
Lensa EH!: Gaya Selebriti Di KL Fashion Week 2025
Siapa Sangka, Selipar Kini Menguasai Dunia Fesyen Global
‘Into the Character’, Penampilan Barisan Pelakon di Tayangan Perdana ‘Wednesday’