“Apa kurangnya pereka hari ini?” saya mengajaknya berbicara tentang fesyen pula.
“Mereka fikir kerja mereka hanya mereka. Sebagai pereka baru mereka kena kayakan diri mereka dengan bermacam-macam ilmu, kena tahu teknologi, menguruskan perniagaan juga ekonomi. Baik pereka luar atau lokal kita melalui proses yang sama. Semua bermula dari bawah. Saya bermula dari menjahit di dalam bilik, kemudian menumpang di rumah kakak sebelum memiliki butik kecil dan membuka butik besar, kemudian jatuh, kemudian bangkit semula. Semua orang melalui proses yang sama, kita tak boleh lari dari process of designer development. Lagi satu pesan saya, bila baru bermula jangan bandingkan diri kita dengan label yang lebih besar.”