“Hidup bagai roda, ada masa kita di atas ada waktunya kita di bawah. Selepas menikmati kejayaan dan kemahsyuran hari ini, you bersedia untuk sebarang kegagalan?”
“No!’ tegas suaranya. “Bila kita bersedia untuk gagal maknanya kita membuka jalan untuk kegagalan datang kepada kita. Seperti perang, kalau nak menang kita kena mengatur strategi. Saya menjadi juri untuk GEN F, misi dan tugas saya ialah mendidik pereka baru. Tapi dalam masa yang sama saya anggap ia satu kelebihan dan ruang untuk saya mengenali genetik atau DNA pereka baru. Apa misi juga strategi mereka. Jadi dari situ saya melihat corak pemikiran generasi baru, and I will kill them before they bloom,” jawabnya terkekeh-kekeh ketawa.
“Saya ada sisi angel dan devil saya sendiri. Dalam hidup kita kena ada devil side sikit. Waktu orang sedang sibuk buat fashion show, saya pula awal-awal sudah sibuk upload gambar baju saya di Instagram supaya orang simpan duit dan beli baju saya,” dia ketawa lagi. If you wan to do it, do it nicely. Janganlah ada niat jahat tapi kerja you tak bagus. Dan saya sedar bila kita dah berjaya, kesilapan yang sedikit sudah boleh menggoyahkan, jadi strategi saya ialah bina kubu sekebal mungkin dengan memberi yang terbaik kepada pembeli supaya jenama Rizalman terus dilihat sebagai satu jenama yang kukuh.”