“Saya mengumpul idea dari persekitaran, dan adakalanya saya cuba kaitkan dengan isu semasa agar semua orang boleh relate dengan apa yang saya sampaikan. Humor itu perlu ada. Berdasar komen yang pengikut saya tulis, “you made my day” sebagai contohnya menunjukkan komuniti kita hari ini hidup dalam tekanan. Jadi bahan jenaka ringan seperti ini memadai untuk menjadi bahan tawa mereka.”
“Orang lain pun ada buat corak pemasaran yang sama, namun ada yang menjengkelkan. Bagaimana you memastikan apa yang you post tidak melebihi batas?”
“Kita mesti letakkan satu kelas dalam diri kita. Kelas itulah batasnya. Apa-apa yang kita buat perlu dilakukan dengan bercita rasa dan ada kelas. Usah sampai seperti memaksa orang dan tampak murah. Be classy, namun dalam masa yang sama masih mesra audiens.”
Rizalman mengakui dia sendiri mengambil masa untuk adapt dengan situasi semasa (pemasaran menerusi media sosial).
“Dengan bantuan pekerja-pekerja muda saya, saya belajar. Lihat Karl Lagerfeld, tidaklah selalu dia memuat naik gambar di Instagram, tapi dia membuka ruang untuk dia belajar dan menerima inovasi baru. Saya juga mahu begitu, perlu dengar lagu-lagu Rihanna misalnya supaya dunia saya bergerak seiring dengan orang lain. Hari ini serba-serbi cepat.”