“Saya tak tahu sama ada you sedar atau tak, tapi hakikatnya ramai yang takut bertemu you. Rata-rata orang yang rapat dengan saya bercakap benda yang sama, mereka fikir you garang, dan memang pun you garang,” saya ketawa.
“Mungkin kerana gelaran yang orang berikan seperti ‘King of Fashion’ atau ‘Bapa Fesyen’ membuatkan orang takut. Gelaran begini menunjukkan seperti saya ni tahu banyak benda. Dan true enough sememangnya saya harus ditakuti kerana saya memang seorang yang transparent, cakap lepas, terlalu berterus terang, ada yang mengatakan saya bersikap diva dan saya sendiri makan lebih banyak garam dalam industri ini. Saya tahu banyak benda dalam dunia kreatif dan kelebihan ini membuatkan saya seperti makhluk asing. Kita kan takut kalau jumpa makhluk asing, mana tahu ada laser keluar dari mata dia,” jawabnya ketawa.
“Dan sebab itulah saya tunjukkan sisi lain saya di media sosial. Saya mahu seimbangkan personaliti saya. Saya sebenarnya boleh didekati cuma mungkin waktunya perlulah sesuai. Orang mungkin berani nak bertemu saya tapi takut timing nya yang salah,” sambung anak jati Pulau Pinang ini.
“Dalam kepala saya ni banyak suis. I have different hats in a single day, kejap jadi HR manager, jadi fashion designer, interior designer, forecaster, entrepreneur, wedding planner dan macam-macam lagi. Dan saya mesti pastikan suis-suis ni tak berlaku litar pintas,” dia ketawa. “Tapi suis paling penting ialah menjadi seorang bapa, dan suis inilah yang paling besar sekali. Bila saya petik suis ini saya sedar saya akan gain a lot of love, suis itu yang membuat saya berasa tenang, be grounded dan menjadi seorang yang normal. Bukan sekadar menjalani kehidupan glamor kerana kita tahu fesyen adalah satu dunia yang dreamy. I was born with extra senses, dan fesyen salah satu daripadanya dan ia sekadar plot ekstra dalam kehidupan saya.”
“Saya gembira dengan kehidupan saya hari ini. Saya rasa kehidupan saya seimbang, antara budaya dan agama, dan saya enjoy both gender in my body… ha ha ha. Saya fikir tak semua orang diberikan hidup yang seimbang, saya rasa bertuah. I’m having time of my life. Saya diciptakan begini mungkin untuk memenuhi keperluan komuniti, memberi sumbangan kepada mereka. Dan sejak dulu lagi saya hidup atas cara saya, saya tak hidup untuk menjaga hati orang lain. Sejak dulu lagi saya tak peduli dengan kata-kata orang. Hari ini saya hanya mahu menikmati hidup saya, meneruskan kerjaya saya dan memastikan jenama Rizalman itu akan terus dihormati.”