1. GLEN COLLECTION
Menangkap mata akan kehalusan rekaannya, Glen Collection bukan sahaja menonjolkan keanggunan dengan corak kotak-kotaknya yang unik dan warna kelabu lembut yang menenangkan, tetapi juga memastikan setiap tas tangan dalam koleksi ini mempunyai fungsi yang praktikal. Direka untuk wanita moden yang menghargai gaya dan keselesaan, koleksi ini menawarkan tas tangan yang sesuai untuk pelbagai aktiviti musim panas. Dengan reka bentuk yang anggun dan bahan yang berkualiti tinggi, setiap tas tangan dalam Glen Collection adalah pelaburan yang berbaloi untuk melengkapkan gaya hidup aktif dan bergaya anda.
Koleksi ini termasuk Glen 2-Way Shoulder Bag (RM599), dimeterai dalam warna Medium-Grey yang dijalin dengan corak kotak-kotak menawan. Reka bentuknya yang moden dan minimalis memberikan sentuhan elegan, ia boleh digayakan sebagai beg bahu atau tas tangan, memberikan fleksibiliti dalam penggunaannya.
Dibuat dengan bahan eksklusif –Signature Printed Coated Canvas– untuk ketahanan dan keselesaan, Glen Backpack (RM659) mempunyai siluet backpack anggun dan luas untuk memastikan semua bahan keperluan tersimpan teratur dan padat. Tali bahu yang boleh dilaras dan dilengkapi dengan handle atas, memudahkan pengguna, menjadikan ia sempurna untuk pengembaraan musim panas.
Tidak hanya dengan itu, Glen Crossbody (RM579) adalah tas tangan bentuk crossbody yang memudahkan pemakai untuk bergerak dengan bebas tanpa mengorbankan gaya. Reka bentuknya yang anggun dan tas tali panjang yang boleh dilarasi membolehkan anda menyesuaikan panjang tali mengikut keselesaan dan gaya peribadi anda. Logo Carlo Rino yang ikonik ditampilkan dengan gaya yang halus pada bahagian hadapan, menambah nilai estetik keseluruhan tas tangan.
Glen Crossbody Bumbag (RM599) menggabungkan kemudahan crossbody dengan daya tarikan bergaya beg bum. Tali luas direka untuk memberikan keselesaan semasa pemakaian, pilihan yang ideal bagi mereka yang mencari kombinasi antara gaya, fungsi, dan keselesaan.