2. HARRY POTTER
Memperluaskan kejayaan barisan tahun lepas, Carlo Rino teruja untuk mendedahkan koleksi terbaru siri Harry Potter untuk musim panas 2024. Direka untuk menggembirakan peminat dengan reka bentuk baharu yang mempesonakan dan diilhamkan oleh alam ajaib, setiap beg dalam koleksi ini merangkumi warna dan simbol ikonik empat rumah Hogwarts. Bersedia untuk terpesona dengan tas tangan ajaib ini, yang pastinya akan menambah sentuhan magis kepada gaya musim panas anda.
Mempamerkan sulaman keempat-empat rumah Hogwarts, Harry Potter Crossbody (RM639) direka dengan ketepatan untuk mencerminkan pesona dan identiti unik setiap rumah.
Tersedia dalam empat warna yang elegan, seperti Maroon, Dark-Blue, Dark-Green dan Dark-Yellow, tas tangan ini diperbuat daripada kulit sintetik dan mudah dijaga. Setiap tas tangan dilengkapi dengan logo sulam, dikemaskan dengan charm aksesori Golden Snitch, ia adalah sfera berwarna emas sebesar walnut dengan sayap perak menonjolkan rekaan yang unik dan eksklusif.
Tali silang yang boleh diselaraskan membolehkan pengguna memakainya dengan selesa, sesuai untuk kegunaan harian atau acara istimewa.
Beg Bowler Harry Potter (RM679) ialah gabungan sempurna antara fesyen dan elemen magikal – simbol rumah Hogwarts. Tersedia dalam empat warna yang diilhamkan oleh keempat-empat rumah Hogwarts, seperti Maroon (Gryffindor), Dark-Blue (Ravenclaw), Dark-Green (Slytherin), dan Dark-Yellow (Hufflepuff).
Dihiasi dengan logo Harry Potter yang ikonik pada bahagian depan, tas tangan ini menjanjikan ruang yang luas untuk menyimpan barang keperluan harian. Tali bahu yang boleh dilaras untuk keselesaan dan fleksibiliti, membolehkan anda membawa tas tangan ini dengan cara yang paling sesuai dengan gaya anda.