3. CARLO GEO JACQUARD
Jika anda sedang mencari tas tangan yang menggabungkan fungsi sporty dengan estetika fesyen tinggi untuk percutian musim panas anda, Carlo Geo Jacquard adalah jawapannya. Menampilkan gabungan sempurna antara gaya dan praktikaliti, koleksi ini memperkenalkan rangkaian beg dinamik yang direka khusus untuk memenuhi keperluan wanita moden yang sentiasa bergerak.
Salah satu bintang utama dalam koleksi ini adalah Carlo GEO Jacquard Bun Bun Carry-All S (RM599). Beg ini direka petak segi empat tepat yang luas, menawarkan ruang yang cukup untuk menyimpan segala barang keperluan anda. Tali beg yang boleh disesuaikan mengikut tali panjang keselesaan mahupun dipegang memastikan keselesaan semasa anda bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain, menjadikannya pilihan ideal untuk wanita yang aktif. Dihiasi dengan visual Bun Bun bersulam dan perincian monogram, beg ini bukan sahaja praktikal tetapi juga bergaya.
Seterusnya, Carlo GEO Jacquard Tote Bun Bun (RM659) menampilkan sulaman ikon arnab yang disulam dengan kemas pada fabrik jacquard. Direka untuk trendsetter yang ingin tampil anggun, tote ini menggabungkan gaya dan fungsi dengan sempurna. Bahagian dalamannya yang luas dilengkapi dengan penutupan zip selamat, menjadikannya ideal untuk menyimpan barang-barang keperluan.
Bagi mereka yang mencari aksesori yang menggabungkan gaya dan kepraktisan, Carlo GEO Jacquard Backpack (RM619) adalah pilihan yang tepat. Dihasilkan daripada fabrik jacquard, backpack dengan ruangan lapang dan poket luaran yang berguna ini direka untuk bergaya dan praktikal memastikan anda tidak hanya kelihatan hebat tetapi juga siap untuk segala jenis aktiviti.
Akhir sekali, Carlo GEO Jacquard Short Zipper Wallet (RM299) adalah aksesori yang ideal yang elegan untuk melengkapkan penampilan musim panas anda dengan sentuhan praktikal dan bergaya. Menampilkan corak jacquard dan penutupan zip sekeliling yang selamat, dompet ini menawarkan petak dalaman yang ideal untuk kad dan wang tunai.
Dapatkan Glen Collection dan Harry Potter secara sistem jual beli secara dalam talian di www.carlorino.net, atau kunjungi butik Carlo Rino, seluruh negara pada Julai 2024, untuk pengalaman beli-belah yang lebih efisien dan mengujakan. Manakala Koleksi Carlo Geo Jacquard pula akan tersedia pada Ogos 2024. Untuk kekal berhubung dengan tawaran dan informasi terkini, ikuti Carlo Rino di akaun Facebook, Instagram dan TikTok.
Baca : Carlo Rino CURVA, Gaya Lebih Chic Berinspirasi Futurism