Pernahkah anda terfikir yang saiz badan bukan menjadi pengukur keyakinan seseorang tetapi baju yang dikenakannya? Nasib kurang baik bagi mereka yang bertubuh besar kerana pilihan dalam berpakaian agak terbatas kerana pakaian bersaiz besar kurang di pasarkan di Malaysia. Melihat kepada masalah ini, Hazel Fernandez, Salmi Omar dan Khai Yassin telah berkolaborasi untuk menyelesaikan masalah wanita berisi yang mahu bergaya dengan menubuhkan kedai pakaian di dalam talian, surisara.com.
INSPIRASI PETITE MIROSLAVA DUMA >>
TREND FESYEN TERBAIK SEPANJANG ZAMAN >>
Surisara.com yang menyediakan pakaian untuk mereka yang bersaiz XXS sehingga ke 6XL kerana percaya setiap wanita mempunyai hak untuk bergaya tanpa mengira saiz dan bentuk badan. Pakaian yang dijual juga sangat sesuai dengan mereka yang bertudung dan menggunakan fabrik yang sangat selesa.
Koleksi pertama mereka ini diinspirasikan oleh fesyen zaman 30-an yang diberikan nafas kontemporari dengan kepelbagaian warna serta disuntik dengan elemen classy di dalam setiap rekaan. Ketika melancarkan laman web mereka baru-baru ini, surisara.com telah mempamerkan koleksi hari raya yang menampilkan Syomir Izwa sebagai pereka. Anda bolehlah mengunjungi laman web surisara.com untuk melihat koleksi pakaian mereka yang terjual dengan harga RM49 dan ke atas.