Usah buntu lagi, perhiasan diri merupakan pilihan paling tepat untuk dijadikan bingkisan Hari Kekasih buat yang dikasihi. Memanglah benar, amat sukar untuk mencari perhiasan yang paling sempurna untuk menepati cita rasa yang berbeza-beza. Namun, Swarovski dapat membantu kesukaran tersebut dengan menghadirkan koleksi istimewa dedikasi Hari Kekasih 2021.
Koleksi barang kemas eksklusif nan mewah, menawarkan desain elegan yang tak lekang dek zaman. Timeless, namun diberi sentuhan moden, buat wanita-wanita yang beridentiti tersendiri. Lalu, menilai semula erti keindividuan. Setiap koleksi direka bertegapkan siluet bersih, memudahkan ia disuai padankan dengan apa jua keterampilan. Setiap rangkaian yang terkandung, memiliki keunikkan tersendiri.
ATTRACT
Kilauan kritstal dan konstruksi buah rantai yang kukuh, merupakan alasan paling tepat buat wanita yang gemarkan rekaan punya impak. Memang itulah fungsinya sesuatu aksesori itu. Faktor elegan bergabung ‘playful’ meningkatkan lagi trik penggayean. Kalung yang tersedia dalam koleksi Swarovski, disesuaikan dengan variasi padanan, lalu menambah kilauan pada penampilan. Cincin dalam rangkaian Attract sempurna sekali menghiasi jari manis. Atau kalung yang mengikati lever. Semestinya, memberi kesan mewah serta paduan elegan. Dicadangkan dipakai sewaktu menghadiri majlis makan malam.
INFINITY
Rangkaian Infinity cukup mudah untuk menzahirkan rasa sayang kepada pasangan. Si penerima pasti tersaya terraja sekali jika menerimanya dari pemberi. Disesuaikan buat para wanita yang beridentiti mewah dan gemarkan rekaan lantang, yakni sebagai opsyen untuk menambah kilauan pada penampilan. Kenakan anting panjang dari koleksi Infinity sebagai ‘statement’ yang eksklusif. Pun boleh, digayakan secara bersamaan untuk menyerlahkan karakter si pemakai. Selaras dengan gaya wanita zaman sekarang, yang gemar bereksperimen dengan aksesori-aksesori unik.
TWIST
Bagi mencipta gaya glamor yang mudah, koleksi Twist adalah jawapannya. Merangkumi ciptaan subang, cincin dan buah rantai dalam balutan emas putih dan kuning, dihiasi sematan berlian yang bersifat elegan dan playful. Identiti klasik, minimalis, sekaligus ‘bold’ menjadi penanda koleksi Twist. Warna-warna batu yang ada ‘statement’, menjadikan aksesori ini sebagai pertimbangan hadiah buat penanda cinta kepada kekasih atau isterimu.
TENNIS DELUXE
Kalung, anting-anting, gelang berhias taburan berlian yang cukup mewah dimuatkan dalam koleksi Tennis Deluxe. Semuanya hadir dalam baltan emas putih serba elegan. Keindahan dan keunikan butiran yang membaluti, memberi kesan baru yang versatil dengan menggabungkan estetika Swraovski, seperti studs, manik-manik. Menampilkan dualiti tampilan, antara yang klasik dan moden. Pembuatan yang tamam, namun halus sentuhannya. Desain dari set Tennis Deluxe nyata menjunjung nada gaya feminin yang kontemporari.
Artikel berkaitan: Siti Saleha x Cream Couch, Paduan Klasik & Minimal