Swatch melancarkan koleksi jam tangan edisi istimewa bersama The Museum of Modern Art (MoMA) dalam siri Museum Journey yang menampilkan karya seni agung Vincent van Gogh, Gustav Klimt, Henri Rousseau, Piet Mondrian dan Tadanori Yokoo.
Berita yang sangat ditunggu-tunggu oleh peminat seni seluruh dunia! Swatch akan melancarkan koleksi edisi isitmewa bersama The Museum of Modern Art (MoMA) di kota New York. Kolaborasi seni antara Swatch dan MoMA akan menceduk inspirasi daripada karya agung daripada barisan artis seni ikonik yang cukup dihormati dan menjadi pujaan ramai sehingga hari ini.
Siri Museum Journey ini mempersembahkan enam karya unik daripada koleksi seni MoMA. Sudah pasti The Starry Night yang dihasilkan oleh Vincent van Gogh pada 1889 akan menjadi perhatian utama. Koleksi istimewa kali ini juga akan menampilkan koleksi daripada Hope, II (1907-1908) oleh Gustav Klimt, The Dream (1910) oleh Henri Rousseau, Composition in Oval with Color Planes 1 (1914) oleh Piet Mondrian, The City and Design, The Wonders of Life on Earth, Isamu Kurita (1966) oleh Tadanori Yokoo, dan New York (1968) juga oleh Tadanori Yokoo.
Koleksi jam tangan ini boleh dibeli secara individual ataupun secara edisi collector. Swatch dan MoMA menghasilkan kotak istimewa buat edisi collector yang menceduk inspirasi daripada Blade Stair, yang merupakan karya architectural di MoMA.
Swatch juga berkolaborasi bersama artis seni, Beatriz Milhazes yang akan menampilkan tiga daripada karya koleksi MoMA miliknya untuk jam tangan Swatch X You. Suculentas Beringelas (Succulent Eggplants) (1996), O Espelho (The Mirror) (2000), dan Meu Bem (2008) adalah karya seni Beatriz Milhazes yang membenarkan peminat untuk mereka sendiri stail jam tangan melalui swatch.com dan di stor Swatch terpilih.
The Museum of Modern Art mempunyai tiga jam tangan Swatch dalam koleksi tetap mereka iaitu GB100 (1983), GK100 Jelly Fish (1985), dan SFK100 Jelly Skin (1998). Jam tangan Swatch juga pernah dipamerkan dalam empat pameran MoMA sebelum ini, termasuklah pameran Humble Masterpieces (2004), Architecture and Design: Inaugural Installation (2004-2005), Standard Deviations: Types and Families in Contemporary Design (2011-2012), dan, Items: Is Fashion Modern? (2017-2018) yang terbaharu.
Koleksi jam tangan Swatch X MoMA 2021 boleh didapati di semua stor Swatch dan juga MoMA Design Stores bermula 4 Mac 2021.
Foto: Swatch X MoMA
Baca lebih lanjut: 3 Trik Rahsia iPhone Yang Mungkin Anda Tidak Tahu