LILIT. X Mira Filzah tawar satu koleksi whimsical agar gaya di rumah tidak bosan!
Siapa tidak mahu mencedok gaya Mira Filzah. Wanita anggun berhijab ini mempunyai stail sopan yang cukup senang. Santun gayanya selembut personaliti yang dibawa. Bagi memenuhi impian wanita yang menjadikan di idola, LILIT. menjemput pengacara kesayangan Malaysia ini untuk berkolaborasi bersama. Maka sebulat hati, mereka lancarkan LILIT. X Mira Filzah.
Ini adalah kolorasi LILIT. dengan personaliti fesyen pertama tahun ini. Lantas, ilham kreatif Mira Filzah mengukuhkan lagi posisi jenama modest dalam lapangan fesyen moden. Pokok utama koleksi LILIT. X Mira Filzah adalah membuahkan himpunan loungewear yang bersifat whimsical pada pemilihan corak mahupun rona pastel yang lembut. Pentingnya juga adalah potongan yang dipilih buat koleksi ini, agar menepati selera semua wanita.
Personaliti Mira Filzah menjadi tunggak utama juga buat himpunan LILIT. X Mira Filzah. Auranya yang positif, tidak mendonggak ke langit biarpun mempunyai kerjaya seni yang bagus ditafsirkan pada koleksi baharu ini. Juga, sifat muda remaja dan perasaan penuh harapannya membangkitkan kisah disebalik himpunan ini. LILIT. pula terus setia dengan identiti yang mahu menyajikan helaian selesa dan sopan. Ceraian loungewera seperti skirt satin, top berkolar dan kemeja asimetri menjadi taruhan koleksi ini.
Koleksi ini sudah mula terjual di laman web sejak 26 Ogos, 10 malam. Jika mahu melihat dengan lebih dekat boleh lawati butik LILIT. di KL East Mall bermula 27 Ogos.
Pautan Berkenaan: The Carters, Simbol Kisah Cinta Moden Tiffany & Co.