Serlahkan gaya Raya anda dengan koleksi beg tangan Tabby terbaharu daripada Coach, menampilkan pelbagai saiz dan rona memukau yang turut menjadi pilihan Ayra Messi.
Aidilfitri bakal tiba dan pastinya setiap wanita ingin tampil anggun dengan aksesori yang sempurna! Ayra Messi, pempengaruh dan usahawan telah memilih beberapa tas tangan Tabby eksklusif dari butik Coach sebagai pelengkap gaya lebarannya. Jom lihat pilihan tas tangan Coach yang menjadi kegemaran Ayra!
Chain Tabby Shoulder Bag
Tabby adalah himpunan beg tangan ikonik dari Coach masa kini, menjadikannya pilihan utama para pencinta jenama fesyen terkemuka ini. Kini Coach memperkenalkan edisi terbaru, Chain Tabby Shoulder Bag yang turut menjadi pilihan Ayra.
Tas tangan ini menampilkan reka bentuk lebih luas dengan pelbagai saiz dan warna serta perincian rantai emas sebagai tali beg yang cukup menyerlah.
Apa yang menjadikan kemunculan terbaharu Coach ini lebih istimewa adalah bentuknya yang lebih santai dan tidak terlalu bersegi, menawarkan sentuhan relax yang berbeza daripada siluet Tabby tradisional. Dengan reka bentuk yang lebih selesa di bawah lengan, beg ini adalah pilihan sempurna, menyuntik gaya bersahaja yang tetap menangkap mata.
Tersedia dalam tiga saiz yang lebih besar daripada beg Tabby tradisional, Chain Tabby Shoulder Bag ini direka untuk memenuhi keperluan harian anda dengan penuh gaya. Dengan ruang dalam yang luas, anda boleh mengisi laptop, buku, peranti elektronik, serta keperluan penting lain dengan mudah, sama ada dibawa untuk pulang ke kampung halaman atau kegunaan harian.
Namun, saiz kecil dan sederhana sangat sesuai untuk digayakan pada pagi Raya atau ketika berkunjung ke rumah saudara mara.
Quilted Tabby Shoulder Bag
Pilihan tas tangan Ayra seterusnya? Quilted Tabby Shoulder Bag! Interpretasi moden daripada reka bentuk arkib Coach tahun 1970-an, beg bahu Tabby ini hadir dengan tali rantai panjang yang boleh digayakan secara crossbody atau atau samakan kedua-dua tali rantai untuk tampilan lebih pendek dan elegan. Dihiasi dengan perincian ikonik Signature hardware, tas tangan ini menjadi pelengkap gaya klasik dan mewah untuk sambutan Raya.
Quilted Tabby Shoulder Bag ini turut hadir dalam dua saiz dengan pelbagai pilihan rona yang menawan. Rona terbaharu yang mencuri perhatian ialah “Blush“, pastinya menjadi kegilaan ramai wanita termasuk Ayra!
Coach juga turut menyediakan permainan interaktif untuk pengunjung, memberi peluang memenangi pelbagai hadiah menarik!
Untuk membeli-belah, anda boleh layari laman web Coach atau kunjungi butik Coach berdekatan anda.
Saksikan video penuh di sini.
Baca: Raikan Cinta Bersama Koleksi Valentine’s Day Daripada Coach