Serlahkan pesona Aidilfitri anda dengan koleksi tas tangan terbaharu Kate Spade New York, direka khas untuk melengkapi penampilan yang anggun dan sofistikated.
Kate Spade New York memperkenalkan koleksi Musim Bunga 2025, menampilkan perspektif unik jenama ini yang feminin, moden, dan penuh keceriaan, dengan gaya beg tangan ikonik Deco dan Grace sebagai tumpuan utama musim ini.
Koleksi ini mencerminkan keindahan yang sinonim dengan sambutan Aidilfitri serta menjadi pelengkap sempurna untuk menaikkan lagi gaya ketika meraikan detik yang penuh kegembiraan.

Tas tangan Deco, menggabungkan identiti jenama ke dalam rekaan moden yang mewah serta praktikal. Menyerlah dengan gaya minimalis, Deco menampilkan kancing geometri yang diinspirasikan daripada seni Art Deco, dihiasi dengan perincian huruf “K” yang ikonik.

Siluet utama koleksi ini ialah crossbody bertali rantai boleh ubah dengan reka bentuk segi empat yang elegan, manakala gaya lain seperti shoulder bag dan mini flap disempurnakan dengan kemasan mewah serta fabrik klasik, termasuk kulit dalam rona pistachio ice, hitam, dan timeless taupe, sulaman eyelet pada kulit, serta tweed dalam rona pastel lembut.

Grace, ikon jenama ini kini diperbaharui dengan dua siluet elegan: pochette yang anggun dan east-west shoulder bag, ditawarkan dalam palet rona musim ini yang merangkumi rona neutral seperti timeless taupe dan krim, serta tona pastel lembut seperti pistachio ice.

Koleksi Grace memancarkan keseimbangan sempurna antara struktur, gaya, dan keserbagunaan, diserlahkan dengan siluet anggun serta pemegang yang halus, menjadikannya pelengkap elegan untuk setiap penampilan.
Tip Menggayakan tas tangan Kate Spade pada Hari Raya Aidilfitri
Untuk tampil bergaya di Aidilfitri, koleksi tas tangan Kate Spade New York sememangnya pilihan sempurna dengan rekaan yang elegan dan praktikal.
Tas tangan Grace Pochette sempurna untuk majlis rumah terbuka, manakala East-West Shoulder Bag atau Deco Mini Flap Chain Crossbody menawarkan keselesaan dan kemudahan bagi anda yang bergerak dari satu rumah ke rumah lain sepanjang sambutan Aidilfitri.
Padankan rona tas tangan dengan tema pakaian untuk tampilan yang seimbang, atau jika ingin tampil lebih menonjol, apa salahnya bereksperimen dengan rona kontras yang mencuri perhatian.
Anda juga boleh tambahkan aksesori seperti skarf atau charm pada tas tangan untuk sentuhan peribadi yang unik, menjadikan Kate Spade bukan saja sebagai pelengkap gaya tetapi juga simbol keyakinan dan sofistikasi sepanjang sambutan Aidilfitri.
Temui koleksi tas tangan Deco dan Grace di atas talian atau butik Kate Spade New York yang berdekatan.
Baca: 10 Pilihan EH! Dari Koleksi Kapsul Valentine Kate Spade