Model Rita Nadira bersiap sedia untuk bertemu bintang hati. Sentuhan akhir sebelum bertentang mata bukan hanya pada solekan tapi juga penggayaan aksesori sebagai penaik seri penampilan. Himpunan Holiday dari Swarovski jadi pilihan. Masa untuk shine and glamorous sekelip mata!
Kuasa aksesori pada penampilan besar impaknya. Adakalanya bila tidak menyarung helaian yang trendy atau bersolek penuh, bila mengenakan aksesori yang sepadan dengan gaya, sudah cukup membuatkan penampilan tampak sempurna dan penuh glamor. Dan itu yang cuba kami sampaikan menerusi himpunan musim percutian Swarovski 2019.

Dalam mainan kilauan biru, Rita Nadira menggayakan set dari himpunan ‘Palace’, dia memilih anting-anting berjurai, cincin dan gelang tangan. Menambah seri, Rita memadankan jemarinya dengan cincin dari himpunan ‘North’ dan gelang tangan dari koleksi ‘Nice’.
“Musim percutian adalah detik terbaik untuk kita berkumpul dengan yang tersayang, memakai helaian yang cantik-cantik dan bertukar-tukar hadiah. Jika tidak bertukar hadiah dengan orang lain, memanjakan diri sendiri dengan membeli apa yang kita impikan juga adalah sesuatu yang boleh dipertimbangkan,” kata Pengarah Kreatif Swarovski, Nathalie Colin.

Kristal hijau dari himpunan ‘Perfection’ sememangnya membuat penampilan Rita Nadira, perfectly glamorous. Dia memadankan coker dengan tatahan Kristal hijau bersama subang bertatah batu ton serupa dari koleksi ‘Palace’. DI lehernya juga berhias rantai sarat batu ‘Angelic Necklace’. Rita melengkapkan penampilan jemarinya dengan dua bentuk cincin dalam batu putih dan rose gold dari koleksi ‘North’ dan sebentuk cincin ‘Palace Motif Ring’. Dia menyempurnakan penampilannya dengan ‘Crystal Rose Watch’ dan gelang tangan dari koleksi ‘Angelic’.
Himpunan terbaru Swarovski ini penuh berkilau dengan suntikan warna seperti biru, hijau dan ungu selain sentuhan ton emas dan perak. Paling menangkap mata ialah koleksi ‘Naughty or Nice’ yang tampil dengan paduan hitam dan putih. Koleksi ‘Palace’ pula tampil lebih elegan dengan mainan batu-batu berwarna seperti hijau dan biru. Paling memikat hati ialah koleksi ‘Angelic’ yang tampil ringkas namun classy, cukup malar segar rekaannya. Holiday Collection ini sudah boleh didapati di butik Swarovski dan juga boleh dibeli secara atas talian di Zalora.

Rita Nadira menggayakan dua anting-anting berbeza. Di telinga kanannya anting-anting dari himpunan ‘Nice’ dalam ton putih dalam acuan rhodium. Telinga kirinya pula anting-anting dari koleksi ‘Naughty’, dengan permata hitam dan acuan emas ros. Rita melengkapkan penampilannya dengan rantai berloket ‘Magic Snowflake’ dan memakain dua lapis cincin ‘Nice Motif Ring’ dalam ton putih dan emas.
Kredit:
Konsep & Penata Gaya: Khairul Abidin Ishak
Gambar: Eric Chow (Blink Studio)
Solekan: Sheng Saw
Dandanan: Yusof Ruzaimi