Memasuki musim Luruh, dunia fesyen semakin rancak bertebaran mengeluarkan koleksi yang pelbagai. Salah satunya tas tangan, menjadi buah tangan terbaik buat gaya anda sepanjang musim Luruh 2024.
Tahun ini, trend tas tangan terbesar pada musim luruh bukan sahaja diingini, ia juga mengenai penemuan semula gaya peribadi diri anda.
Koleksi tas tangan ini amatlah menonjol, cukup versatil dan in trend! EH! senaraikan barisan tas tangan baharu untuk musim Luruh 2024.
Tory Burch
Tory Burch memperkenalkan T Monogram Leather, tambahan mewah kepada koleksi anda yang paling ikonik. Bucket bag, tote mini yang baharu direka dengan indah dalam kulit Itali halus bersama monogram Double T tonal. Teksturnya bersahaja dan halus, beraksen oleh berperincikan emas yang digilap.
T Monogram Leather melengkapkantas T Monogram terlaris dalam jacquard tenunan, termasuk bucket bag McGraw baharu yang lebih feminin, dan rafia ringan.
Longchamp
Koleksi baharu Longchamp, Daylong, barisan abadi yang diilhamkan oleh reka bentuk beg boling klasik.
Buah tangan Longchamp ini diserlahkan oleh medallion, lambang signature Longchamp pada zip, menawarkan ekspresi halus kemewahan halus. Tersedia dalam tiga saiz dan enam warna elegan iaitu hitam, celadon, ecru, cognac, hijau dan biru dakwat.
Saiznya yang ‘just nice’ mejadikan ia kasual yang paling ‘in’ untuk gaya nada musim ini.
Burberry
Burberry hadir dengan tas tangan yang cukup chic, diinspirasikan oleh budaya British. dengan warna klasik yang dinadikan bersama-sama rona tanah.
Chloe
Tas tangan daripada Chloe hadir dengan bentuk yang menawarkan kembali kepada kemewahan bohemian. Beg kulit ini menampilkan perincian stud emas, sangatlah memenuhi trend semasa tanpa membelakangkan hal praktikaliti. Saiznya agak besar, mejadikan ia boleh menampung pelbagai barang.
Baca: ‘Very Demure, Very Mindful’ Menggegarkan Internet, Ini Tip Fesyen Ke Tempat Kerja