Arus peredaran fesyen yang semakin pesat dan jenama lokal kini menjadi pilihan ekspresi identiti individu.
Kenapa beli jenama lokal? Sebab bagi saya sebagai analisi fesyen semasa, saya mementingkan gabungan estetika, fungsi dan kualiti penghasilan yang selari dengan citarasa semasa.
Rekaan kreatif yang menekankan konsep inovatif dan keaslian serta identiti tempatan telah menjadikannya alternatif yang berdaya saing berbanding jenama antarabangsa.
Popularitinya di kalangan wanita masa kini menandakan bahawa fesyen tempatan bukan lagi sekadar pilihan kedua, tetapi telah berkembang menjadi kegilaan fesyen yang menonjol di kalangan anak muda.
5 tas tangan trending pilihan gen masa kini:
ayaaya Hybreed Bag 0.3 Capsule β NEXX
Tersedia dalam enam pilihan warna iaitu pewter, prism, bronze, onyx, moss dan wood, tas tangan ini menekankan konsep tali boleh laras yang membolehkan ia dipakai sebagai beg bahu untuk penampilan santai atau dilepaskan untuk dijadikan clutch bergaya koktel.
Dihasilkan daripada bahan PU lembut dan setiap tas tangan dipaket dengan kemas dalam beg debu satin bertali dan kotak khas.
Inrea The Baguette Bag
Meneruskan trend tas tangan lokal yang tengah digilai, Inrea memperkenalkan The Baguette Bag, siluetnya berbentuk melengkung rendah dengan tapak yang kukuh, menghasilkan imbangan visual yang kemas dan tersusun. Dibuat daripada PU (kulit tiruan) berkualiti tinggi dengan lapisan dalaman faux suede.
Ciri khas beg ini adalah magnetic flap yang memudahkan akses. Setiap beg turut dipaket dengan kotak dan beg debu, menambah nilai eksklusiviti dan pengalaman memiliki tas tangan premium lokal.
Nazifi Nasri Symmetrical Pochette
Timeless. Dalam senarai tas tangan lokal yang menjadi kegilaan wanita masa kini, Nazifi Nasri Symmetrical Pochette menampilkan silhouette yang simetri dan bersih, dan keistimewaan reka bentuknya terletak pada kemampuannya digayakan dalam tiga cara: sebagai clutch, crossbody, atau shoulder bag.
Dihasilkan daripada PU Leather berkualiti tinggi, pochette ini direka dengan satu kompartmen dalaman yang praktikal, membolehkan pemakai menyimpan barangan penting dengan tersusun.
GALS Kaia
Diperbuat daripada patent leather premium berkilat tinggi, yang memantulkan cahaya dengan setiap gerakan, silhouette Kaia mempamerkan garisan kompleks yang unik dengan bahagian atas seperti bibir yang munggil, menjadikan rekaan ini chic dan mudah dikenali.
Beg ini dilengkapi dengan hardware emas atau perak berkilat, termasuk custom G puller dan logo signature GALS. Dari segi fungsi, Kaia menawarkan kompartmen dalaman yang praktikal, termasuk satu slot kad dan satu poket zip, membolehkan barangan peribadi tersusun rapi.
Baca: Katalog Busana Hari Raya Aidilfitri 2026 Wanita Pilihan EH!












