Label fesyen lokal, LILIT. melancarkan stor pertama yang menampilkan ruang dekorasi serba feminin dengan tema merah jambu pastel bersama instalasi seni yang unik dalam memberikan pengalaman beli-belah yang tersendiri.
Berita baik buat peminat LILIT.! Label fesyen lokal ini telah melancarkan stor pertama mereka. Berlokasi di KL East Mall, peminat boleh melihat sendiri dengan lebih dekat koleksi kegemaran dan terkini, juga koleksi Raya yang terbaharu. Stor label yang diasaskan sejak 2018 ini akan menyajikan suntikan kontemporari kepada fesyen sopan buat wanita moden dan bergaya hari ini.

Bukan sahaja koleksi pakaian yang menarik perhatian, seni dekorasi yang diterjemahkan turut sama bakal menjadi bualan peminat. Ruang stor disimbahi dengan tema merah jambu pastel yang penuh feminin. Inspirasi feminin ini diteruskan dengan sentuhan cermin yang menghiasi kegenap ruang. Dalam memberikan pengalaman beli-belah yang diingati, stor ini akan menampilkan instalasi seni yang unik, dan akan ditukar setiap enam bulan, Untuk instalasi pertama, stor ini mempersembahkan beg kertas LILIT. dalam saiz manusia di dalam ruang mencuba pakaian. Pasti menjadi latar gambar foto Instagram peminat nanti.
Tekan anak panah di bawah untuk melihat seni dekorasi segenap ruang stor LILIT. baharu.