Tontoni projek digital terbaharu Tod’s bertajuk “A Date with Kate” dengan penampilan tiga gadis berbeza identiti menggayakan koleksi Tod’s Kate. Kempen video berdurasi singkat tersebut mengisahkan tiga perjalanan yang berbeza-beza berlokasi di kota Rome, yang berakhir dengan pertemuan di satu destinasi yang sama. Ketiga-tiganya merupakan kawan baik dan mereka dirakam ‘bermain’ dengan aksesori Tod’s Kate-merangkumi sepatu, beg tangan dan tali pinggang.
Tiga gadis berpersonaliti tersendiri, disaksikan bercanda dalam koleksi Tod’s Kate dan membawa perjalanan cerita yang tak terjangka, yang mana siapakah “Kate” yang dimaksudkan akan terungkai. “Kate” bukanlah nama mana-mana individu, sebaliknya nama koleksi aksesori yang digayakan oleh mereka, seperti sepatu Kate dan beg tangan yang pelbagai stail.
Setiap rekaan “Kate” yang digayakan mereka, merujuk kepada setiap rekaan yang terkandung dalam koleksi penuh Tod’s “Kate” yang terbaharu. Rekaan seperti, sepatu moccassins, Gommino, sniker, sandal dan himpunan beg tangan “Kate”. Padanan beg tangan “Kate” yang direka dalam reka bentuk beg sandang, diserlahkan lagi dengan rantai signatur “Kate” mencadangkan aksesori terbaik musim panas.
Rantai signatur “Kate” bukan sekadar butiran tambahan, malah ia bertindak sebagai penegasan gaya yang kukuh. Pabila menyilangnya pada bahu, tentu sahaja mencuri tumpuan, selain berfungsi sebagai aksesori yang praktikal.
Material beg tangan bermutu diperbuat daripada kulit lembu, raffia dan kapas. Pilihan warna terdiri daripada putih, hitam, tan, sand dan nude yang memberi pilihan buat pemilik untuk memiliki gaya yang bertepatan personaliti dan kemahuan tersendiri.
Semua wanita, sama seperti yang divisualkan melalui kempen video “A Date with Kate”, berpeluang memilih stail peribadi kegemaran berdasarkan pilihan sepatu dan aksesori “Kate” yang bervariasi. Tiap rekaan yang ditawarkan dikhususkan untuk tujuan tertentu, namun berpaksi pada fungsi yang sama yakni meningkatkan faktor gaya seseorang itu. Pilihan sniker dalam rona brown dan krim, kepada sepatu flat material kulit yang dilengkapi butiran “Kate” ternyata menggemilangkan penampilan.
Artikel berkaitan: Lambaian Lebaran