Teks : Julia Azman
Berinspirasikan keunikan bumi. H&M untuk koleksi Conscious musim panas/bunga 2019 mengeksploitasikan ilham alam semula jadi dan teknologi baharu. Julia Azman, menemubual secara eksklusif bersama Creative Advisor H&M, Ann-Sofie Johansson dan Sustainability Manager H&M, Isak Roth.
Temubual bersama Isak Roth, Sustainability Manager H&M
1. Bagaimana anda lihat arah tuju untuk fesyen Sustainable?
Secara positif, masa depan untuk fesyen Sustainable semakin mengagumkan. Di H&M, kami mempunyai beberapa kunci objektif demi menjaga kesinambungan proses sustainability dan komitmen untuk mengekalkan ia sentiasa bergerak. Untuk koleksi eksklusif Conscious, kami menggunakan material terbaru seperti Pinatex iaitu fabrik kulit alternatif yang diperbuat daripada fibre selulosa yang diekstrak daripada daun buah nenas. BLOOM Foam pula gentian fleksibel foam yang diperbuat daripada Algae Biomass dan Petroleum Feedstock. Orange Fiber diperbuat daripada jus sitrus untuk mencipta yan selulosa sehalus seperti sutera.
2. Pendapat anda, bagaimana industri fesyen pengaruh dan berkolaborasi bersama teknologi baharu?
H&M membantu pencipta di seluruh dunia menerusi H&M Conscious Foundation Global Change Award, dan bermula dari sinilah kami menjumpai teknologi cukup inovatif iaitu Orange Fiber khas untuk koleksi Conscious Exclusive. Mereka adalah pemenang pada tahun 2016 dan ianya cukup memperlihatkan semua individu terlibat dalam skala besar. Untuk koleksi ini, pemilihan fabrik amat dititikberatkan.
3. Apakah yang mendorong anda dalam fesyen Sustainable? Kenapa ianya sangat penting untuk anda?
Tiada suatu momen yang khusus apabila saya ingin ke dunia sustainable kerana ianya amat penting bagi saya. Industri fesyen punya peluang terbaik untuk mempengaruhi dalam skala luas dan ianya boleh disampaikan untuk setiap lapisan umur seluruh dunia. Sejak saya bekerja di H&M selama 15 tahun, saya melihat sendiri bagaimana ia diproses. H&M punya kekuatan tersendiri dalam fesyen dan rekaan sustainable. Visi kami di H&M memfokuskan kepada suatu perjalanan yang panjang dan ianya juga memberi motivasi untuk kami terus berjaya.
Temubual bersama Ann-Sofie Johansson, Creative Advisor H&M
1. Apakah ilham inspirasi disebalik koleksi Eksklusif Conscious musim panas 2019?
Inspirasi disebalik koleksi ini adalah datangnya daripada elemen natural seperti bentuk mukabumi dan ianya mengingatkan kita kepada keindahan alam semula jadi. Daripada galian mineral, pokok dan tumbuh-tumbuhan semuanya diterjemahkan kepada satu desain yang unik seperti Jacquards, cetakan digital dan fabrik digital beralun. Perincian istimewa seperti drawstrings dan elastik getah pinggang memberi sentuhan atletik kepada glamor di mana anda boleh bermain kepada elemen volume. Pilihan warna palet seperti ungu lavender, sand, biru aqua, biru petrol dan merah jambu coral tampak menawan bersama padanan rona hitam, emas dan perak.
2. Apakah teknik produksi paling anda gemari?
Proses pembuatan fabrik jenis sustainable paling menyeronokkan. Kami mempunyai pembekal terbaik dunia samada baru atau lama dan ianya sangat memberi inspirasi. Contohnya fabrik jacquard yang diperbuat daripada polyester kitar semula dan lurex ianya membawa maksud kesinambungan antara struktur dan berkilat.
3. Adakah kerjaya anda merefleksi fesyen personal anda?
Yes and No is the short answer! Yes! Kerana saya percaya setiap individu meletakkan cita rasa mereka dalam pekerjaannya. Bagi saya, saya sangat selesa dengan variasi koleksi di H&M kerana ia amat menepati cita rasa semua individu.
4. Apakah material paling anda gemari melalui koleksi eksklusif Conscious musim panas/bunga 2019?
Saya sangat mengagumi ke semua fabrik dan material sustainable yang digunakan untuk koleksi ini. Fabrik kulit alternative Pinatex sangat memikat hati saya untuk berkarya bersamanya. Saya tidak sabar menunggu reaksi klien H&M mengenainya. When they feel proud of their pieces and tell their friends about what it’s made from, that will make me very, very happy.
.
5. Apakah cabaran spesifik dalam proses rekaan sustainable?
Daripada rekaan , ia sentiasa punya elemen mengejutkan dan apabila bekerja bersama fabrik baharu dan ianya kitar semula. Cabarannya amat berbeza dan dalam pada masa yang sama kami menjumpai keunikannya. Fabrik seperti Pinatex, Orange Fiber dan BLOOM Foam sangat mengundang kegembiraan kami di H&M. Dalam masa yang sama, kami membantu untuk menyelamatkan bumi!