Teks : Julia Azman
Infografik artistik nan kontemporari ilham gabungan duo artis grafik terkenal Mathias Augustyniak dan Michael Amzalag serlahkan koleksi musim luruh 2017 LACOSTE.
Menurut Direktor Kreatif LACOSTE, Felipe Oliveira Baptista, “Saya kagum dengan hasil kerja mereka berdua sangat asli dan personal. Selain itu, saya suka akan gabungan ilmu kimia yang memberi mood kebebasan dan tegas dalam setiap hasil karya mereka.”
Kredibiliti duo pereka inovatif pernah melakar nama tersendiri apabila berkolaborasi bersama Yohji Yamamoto, Nicholas Ghesquiere, Balenciaga, Jonathan Anderson for Loewe dan JW Anderson. Ikuti temubual eksklusif bersama duo pereka grafik ini yang mencipta kelainan bagi koleksi terbaru LACOSTE:
1. Bagaimana Felipe Oliveira Baptista mendekati anda?
He approached us like an alligators, on all fours. I’m joking! Kami mengenali antara satu sama lain sudah agak lama dan saya sendiri kagum dengan kredibiliti beliau dalam mencipta nama bagi jenama tersendiri dan sudah tentu untuk LACOSTE. Satu hari kami menghantar rekod muzik dari kumpulan Marie et les Garcons sekitar era 80-an, kami suka cara mereka bersama baju Polo rona biru pucat dan dari situ kami beranggapan Felipe ada sesuatu untuk kami.
2. Bagaimana pula reaksi anda terhadap jemputan LACOSTE?
Kami menganggap ia suatu peluang terbaik untuk mereka kembali logo buaya kepada sesuatu yang berlainan dalam dunia seni simbol. Sebab itulah kami memilih untuk reka logo LACOSTE dalam formasi siluet buaya tetapi berbentuk abjad. Sekadar menggunakan tipografi ringkas.
3. Makna disebalik huruf L yang berbentuk seperti ekor?
Ianya adalah simbol kepada tuah. Penghujung huruf E pula seperti mulut buaya yang dibuka luas digabung pula dengan elemen dot merah membawa kepada lebih bergaya dan ada gaya tersendiri.
4. Sebagai seorang pembeli, pendapat anda peringkat umur yang sesuai membeli polo shirt LACOSTE?
Sepupu saya, ayahnya memakai baju polo dan mereka sangat gemar menyarung pakaian ini. Baju polo ini seperti satu generasi yang tidak akan pupus dan kini ia muncul di depan mata saya, membuat saya lebih teruja!
5. Apakah pilihan warna baju polo LACOSTE anda?
Putih. Ada sedikit gabungan warna hijau
6. Apakah yang membuat anda teruja untuk bekerja bersama LACOSTE?
LACOSTE punya logo terbaik dunia dan kekal selama 85 tahun. Kerjasama kami bersama LACOSTE ini sekadar kolaborasi artistik dan kami mencipta projek Utopian.
7. Bagaimana anda memilih produk LACOSTE?
Baju polo yang tiada rekaan spesifik tetapi setiap produk ini kami kembangkan idea bersama Felipe agar lebih segar rekaannya.
8. Adakah logo sementara LACOSTE ini akan dicipta dalam tiga dimensi?
Kami mencipta logo ini bersifat demostrasi yang ringkas. Saiznya pula tidak terbatas dan mungkin saiznya boleh dibesarkan hingga dua puluh kali ganda. Kami membuat bentuk buaya yang ciplak tetapi punya lessen kerana ianya sangat menarik.
9. Sesuatu jenama memerlukan….
A voice. Kerana kami percaya dengan suara mampu menaikkan sesuatu jenama dengan lebih ikhlas dan medium sangat berbeza
10. Adakah tipografi ini adalah kerjaya asas anda?
Ya. Kami mencipta pelbagai jenis abjad setiap kali kami berkolaborasi untuk sesuatu jenama. Kami yang akan membuat pendapat dan mereka tidak pernah mengeluarkan idea sendiri. For us it is a tool which enables a language to be established.