Mikey Madison, bintang yang semakin bersinar selepas peranannya dalam filem Anora mendapat pencalonan Oscar untuk Pelakon Wanita Terbaik. Bakal membawa pulang trofi berprestij itu, ini gaya fesyen terbaiknya di karpet merah.
Mikey Madison, nama ini bukan baru dalam duniaHollywood, dia telah membuktikan bakatnya melalui projek seperti Scream, Once Upon a Time… in Hollywood, dan siri Better Things. Namun, wataknya sebagai Ani, seorang pekerja seks dalam filem Anora telah menjadikan dirinya sebagai bintang yang semakin bersinar, menjadikan dia salah seorang yang hangat diperkatakan dan disokong peminat untuk memenangi Oscar tahun ini.
Mikey bukan sekadar hebat dalam lakonan, gaya fesyen dia karpet merah juga tidak kalah. Berikut adalah penampilan terbaiknya kami sajikan.
SAG Awards

Untuk Anugerah SAG 2025, Madison tampil anggun dalam busana rekaan khusus oleh Louis Vuitton. Gaun rona perak ini menampilkan bodis korset dan draping pada bahagian pinggang, menyerlahkan gaya klasik yang elegan.
Mikey melengkapkan gayanya dengan perhiasan daripada Tiffany & Co.
BAFTA Films Awards

Mikey Madison tampil memukau dengan gaya fesyen yang elegan. Dia menyarung gaun bustier putih rekaan khas daripada Prada, dilengkapi dengan selendang yang menambah sentuhan glamor klasik Hollywood.
Critics’ Choice Awards

Mikey tampil dalam gaun haute couture rekaan Armani yang menggabungkan elemen moden dan klasik. Gaun tanpa lengan bersama potongan yang elegan, memberikan siluet yang sempurna.
Madison melengkapkan penampilannya dengan aksesori minimalis, membiarkan busananya menjadi tumpuan utama.
National Board Of Review Gala

Mikey Madison tampil dalam gaun tidak simetri rekaan Louis Vuitton. Gaun ini oversize, diperbuat daripada satin sutera hitam dan sifon. Looknya simple, tetapi cukup elegan.
Golden Globe Awards

Mikey menyarung gaun couture yang berkilauan rekaan Bottega Venetta. Gaun ini mengikut siluet dan tanpa lengan, cantik terletak pada Mikey. Mungkin lehernya kelihatan kosong tanpa aksesori, tapi busananya cukup untuk menonjolkan Mikey malam itu.
British Independent Film Awards

My personal favourite! Mikey menyarung gaun avant-garde meleret Dior era John Galliano yang direka dengan renda lut sinar. Warna neutral yang dipilihnya memberikan keseimbangan antara keanggunan klasik dan estetika kontemporari, menjadikannya salah satu penampilan terbaik malam itu.
Mikey melengkapkan gayanya dengan aksesori minimalis, membiarkan busananya menjadi tumpuan utama.