Terokai koleksi denim terkini UNIQLO, gabungan sempurna antara keselesaan, gaya dan fabrik berkualiti, memenuhi keperluan harian setiap individu.
Apakah yang lebih chic dan moden selain daripada denim? Ia melambangkan ketegapan gaya, fearless dan punya kuasa yang tersendiri. Ia juga membentuk simbol fesyen sepanjang zaman.
Denim UNIQLO melintasi arus fesyen dengan teknologi berkualiti, hadir dengan koleksi baharu yang direka bentuk untuk menjadi lebih lembut dan selesa, menjanjikan siluet ringkas namun cantik yang sesuai digayakan untuk harian.
Wanita
Wide Trouser Jeans, RM149.90
UNIQLO menyajikan seluar buat wanita di mana jean ini mempunyai potongan lebar dan pinggang high rise. Dengan siluet jean ini, ia secara tidak langsung dapat memberi ilusi kaki panjang untuk keyakinan dan keselesaan.
Bagi yang gemarkan gaya yang longgar, jean ini semestinya menepati cita rasa anda. Sama ada untuk digayakan secara profesional mahupun harian, ia amat sesuai dan menyuntik sifat elegan pada gaya anda.
Menariknya, pinggang jean ini elastik di mana ia dapat memastikan keselesaan dan kemudahan pemakaian, juga menggabungkan praktikaliti dan gaya untuk kegunaan seharian. Tersedia dalam pilihan rona putih, biru dan navy.
Denim Pleated Pants, RM149.90
Seluar pleated denim disegarkan menjadikannya alternatif bergaya kepada denim ikonik, sesuai untuk penggemar fesyen yang suka akan inovatif. Potongan denim ini tampak terletak di atas pinggang, tidak terlalu labuh atau tinggi dan potongan kakinya longgar. Dengan menyarung seluar ini, bukan saja kelihatan bergaya, tetapi juga selesa dan mudah dalam pergerakan.
Pleats pada seluar ini menambah lipatan dan meningkatkan reka bentuk, memberikan seluar ini penampilan sesuai untuk kasual dan separa formal. Seluar ini tersedia dalam rona hitam, beige, coklat dan mustard.
Lelaki
Wide Straight Jeans, RM149.90
Potongan lurus kembali hidup di arus trend semasa. Jean ini dihasilkan daripada fabrik denim premium dan ringan. Penggunaan 100 peratus kapas memastikan pernafasan dan keselesaan, sesuai untuk dipakai sepanjang hari.
Jahitan halus menambah elemen kehalusan, meningkatkan keanggunan keseluruhan jean. Perincian minimalis ini membolehkan gaya yang mudah beralih daripada kasual kepada lebih bergaya.
Potongan kaki yang lebar dan lurus memberikan siluet moden besar yang bukan sahaja menambah keselesaan tetapi juga sentuhan bergaya tanpa perlu usaha. Reka bentuk ini memberikan kebebasan kepada si pemakai untuk bergerak sambil mengekalkan pengaayaan. Jean ini tersedia dalam rona off white, kelabu gelap, biru dan navy.
Koleksi denim Uniqlo baharu ini menampilkan pelbagai pilihan untuk memenuhi setiap gaya. Sama ada anda sedang mencari seluar untuk bergaya atau keselesaan setiap hari, koleksi ini mempunyai segalanya untuk setiap individu.
Terokai rangkaian penuh untuk mencari sepasang yang sesuai dengan gaya dan keperluan anda dengan kunjungi stor UNIQLO berdekatan atau layari di atas talian.