Jenama fesyen muslimah terkemuka, Buttonscarves melancarkan fesyen ala tropika di kafe Botanica +Co, Bamboo Hills.
Bersempena pelancaran koleksi terbaru yang diberi nama Misool Series dihiasi elemen keindahan dasar lautan, Buttonscarves telah mengadakan sebuah Tropical Paradise Takeover yang dianjurkan serentak di Jakarta, Indonesia hingga ke Kuala Lumpur, Malaysia.
Pengunjung dapat melihat keindahan elemen Misool yang telah menghiasi segenap ruangan dalaman dan persekitaran kafe Botanica +Co Bamboo Hills bermula 31 Julai 2024 sehingga 18 Ogos 2024.
Buttonscarves Membawakan Tropical Paradise Takeover bertemakan fesyen ala tropika di Botanica +Co, Bamboo Hills Cafe.
Tudung bawal dan satin ‘Misool Series‘ yang terbaharu ini mengambil inspirasi dari Pantai Misool yang popular dan dikenali sebagai syurga dunia di Indonesia. Dengan pelancaran global yang dilakukan di Pantai PIK, Buttonscarves Malaysia tidak kurang hebatnya dengan Tropical Paradise Takeover di kafe Botanica +Co, Bamboo Hills dengan keindahan suasana musim tropika untuk memastikan kesemua penggemar produk jenama ini dengan gelaran BSLady dapat mendekati lebih dekat dan mengalami sendiri aktiviti menarik yang telah disediakan sepanjang Tropical Paradise Takeover ini berlangsung.
Antara aktiviti yang disajikan antaranya yang mendapat sambutan adalah permainan Ping Pong serta Scent & Saviour – yang menguji deria bau penggemar pewangi dengan pelancaran EDP Misool terkini antaranya Moonlight, Cocoa, Paradise, dan Love Lagoon yang pastinya menyerlahkan keunikan personaliti setiap individu.
Istimewa pada hari pelancaran tersebut adalah setiap pembeli boleh mengukirkan nama mereka pada botol pewangi tersebut dengan ukiran laser.
“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan Buttonscarves Tropical Paradise Takeover, sebuah aktivasi global dengan konsep baru yang belum pernah dilakukan oleh Buttonscarves sebelum ini, terutamanya kerana lokasinya di kafe yang unik. Melalui aktivasi ini, kami ingin memberikan pengalaman baru yang menyeronokkan buat BSLady. Di samping itu, kami berharap para pelanggan dapat menikmati keseronokan bersantap di kafe yang indah dan membeli produk-produk eksklusif terbaru dari Buttonscarves,” kata Linda Anggrea, Ketua Pegawai Eksekutif Buttonscarves.
Baca: Jalinan Kasih Telekung Premium Buttonscarves x Siti Khadijah