Teks : Razin Mohd
Gaya persalinan anda pasti tidak lengkap tanpa padanan aksesori. Biarpun tampil dalam reka bentuk kecil, ia tetap jadi antara highlight buat keseluruhan gaya anda! Menampilkan koleksi baru SHINE SPRING 2018, EH! senaraikan beberapa utas aksesori dari Pandora.
Menambah keistimewaan buat koleksi kali ini Pandora tampil dengan rangkaian aksesori inspirasi alam, madu dan matahari dalam koleksi yang disalut emas 18K. Menyentuh identiti mewah buat koleksi kali ini setiap aksesori dihasilkan dalam reka bentuk alam, pastinya jadi item dan rekaan yang dekat dengan jiwa anda.
THE RAYS OF SUNSHINE
Sinaran cahaya matahari yang diadaptasikan dalam koleksi aksesori ini menampilkan ciri-ciri yang redup di mata, muda, dan ekslusif berbanding himpunan lain. Musim ini Pandora tampil dengan rekaan unik dalam inspirasi tenaga dan keceriaan, pastinya jadi item simbolik buat personaliti dan sisi gaya peribadi anda.
Koleksi ini juga turut hadir dengan ciri rekaan honeybee, yang mana ia merupakan simbol kuasa dan keazaman, heksagon honeycomb dan geometric honeycomb yang memberi kuasa tarikan, mahkota yang menyerlahkan ciri-ciri seorang yang dominan dan banyak lagi! Setiap perincian rekaan yang dihasilkan menggunakan tangan ini mudah disuai padan juga tampil fleksibel untuk digayakan begitu sahaja. Sajak digayakan buat apa sahaja acara dan destinasi dituju.
AKSESORI KOLEKSI SHINE PILIHAN EH!