TIFFANY & CO. MEMILIH BEYONCE DAN JAY-Z SEBAGAI DUTA KEMPEN ABOUT LOVE MEREKA.
Beyonce dan suami tercinta, Jay-Z membintai kempen baharu bertajuk About Love buat Tiffany & Co. Bukan sahaja mereka yang menghangatkan kempen ini! Kerana ia ditambah mewah dan ikonik apabila rantai berlian kuning seberat 128.54 karat turut membuat kemunculan khas. Rantai ikonik ini sebelumnya hanya pernah disarung oleh kurang daripada lima insan di dunia. Antaranya adalah Lady Gaga pada 2019. Kini pasangan duetnya, Beyonce pula diberikan amanat untuk menyarungkan rantai Fancy Yellow buat kempen terbaru jenama mewah ini.
Kempen ini mencipta sejarah apabila Beyonce menjadi orang berkulit gelap pertama yang memakai rantai paling mewah itu. Manakala suaminya pula memilih kerongsang Bird on A Rock yang direka oleh Jean Schlumberger. Sejarah lain yang tercipta melalui kempen ini adalah buat kali pertama lukisan bertajuk Equals Pi yang dilukis oleh Jean-Michel Basquiat juga dipertontonkan buat kali pertama pada khalayak umum.
Kempen About Love dilensakan oleh Mason Poole, stail daripada June Ambrose dan Marni Senofonte. Ada mini video Beyonce mendendangkan lagu Moon River dengan videografi oleh Jay-Z menggunakan kamera Super 8. Video diarahkan oleh Emmanuel Adjei.
Pautan Berkenaan: Himpunan Camo Print, Gaya “STREET WEAR” Coach Terbaru