“The Gift for New Adventures”, menjadi tema buat kempen percutian hujung tahun Coach, sebagai satu inspirasi buat permulaan tahun baharu yang lebih optimis.
Kempen ini menampilkan barisan wajah Coach Community baharu dan lama termasuk duta global, aktres Elle Fanning dan Charles Melton, model serta pelakon Kōki, artis SOYEON, serta dua penyanyi-penulis lagu baharu yang menyertai keluarga Coach iaitu Griff dan Ravyn Lenae.
Enam bintang pilihan jenama tersohor New York ini menggambarkan kepercayaan Coach terhadap Courage to Be Real, menyerlahkan semangat jenama ini melalui bakat pelbagai dimensi, keyakinan diri, dan gaya ekspresi peribadi mereka yang tersendiri.
Rekaan Ikonik Coach
Visual dan imej kempen ini dirakam oleh jurugambar dan pengarah terkenal, Dan Beleiu, yang menampilkan pelbagai pilihan beg yang direka khas untuk musim perayaan ini. Antara koleksi yang diketengahkan termasuk beg ikonik Tabby dalam bentuk klasik serta siluet baharu yang lebih lembut, Empire, Brooklyn, dan Mott Messenger yang juga merupakan sebahagian daripada koleksi New York family of bags.
Turut diperkenalkan ialah beg serba guna Teri dan Nolita. Koleksi barangan kulit ini dilengkapi dengan pilihan ready-to-wear dan kasut daripada koleksi musim sejuk Coach, digabungkan dengan rekaan klasik seperti kot Teddy, jaket puffer shearling, gaun flocked, jaket kulit, serta kasut Soho Sneaker.
“The Gift for New Adventures” menampilkan siri vignette yang menggambarkan beg Coach sebagai teman setia ketika para bintang berani melangkah ke pengembaraan baharu. Musim perayaan ini membawa peluang untuk memulakan sesuatu yang segar. Hal ini merangkumi menerokai destinasi baharu, menghidupkan semula hobi lama, mencari inspirasi diri, atau meraikan bersama keluarga dan teman-teman.
Dalam rangkaian kisah utama kempen ini, setiap watak berhadapan dengan detik penting di mana mereka memilih untuk meneroka jalan baharu sambil membawa beg Coach mereka sebagai simbol keyakinan, keselamatan, dan ekspresi diri ketika memulakan langkah baru dalam kehidupan.






