We want anything yang The Noughties Princess, Paris Hilton gayakan sekarang. Dia adalah ikon sejak 2000 lagi! Dan, kini Coach menjemput the icon from the noughties untuk membintangi kempen beg baru mereka yang dinamakan The Swinger. Beg ini cukup mengingatkan kita ke waktu semasa Paris Hilton dan Nicole Richie menguasi Hollywood dengan gaya super sexy mereka. Sering kali menjadi buruan paparazzi jalanan. Mereka dalam skirt mini, baju korset dan beg mini bahu setia mengepit dibawah lengan.
Stuart Vevers melihat Coach sebagai ikon Amerika Syarikat. Maka, adalah bernas dia mengabadikan satu beg yang mengingatkan pada trend awal 2000 di sana dan dipopularkan oleh ikon fesyen, Paris. Vevers terus masuk ke arkib Coach dan menjumpai satu beg mini yang pernah dikeluarkan oleh Coach pada dekad 2000. Lantas digubah menjadi beg baru The Swinger untuk mmeuaskan dambaan the noughties princess.
Beg The Swinger ini diperbuat menggunakan kulit Glovetannned dan ada juga motif Signature Coach untuk membangkitkan trend monogram. Selain Paris Hilton, Coach turut menjemput dua personaliti lain untuk membintangi kempen beg The Swinger. Kim Petras, penyanyi asal Jerman dan personaliti Internet, Rickey Thompson dirakam oleh Christelle de Castro, buat kempen yang meminjam trend 2000.
Pautan Berkenaan: Koleksi Coach Holiday 2020 Bercanda Dengan Rexy