Pengarah Kreatif EH! menerokai dunia Levi’s dan wanita menerusi satu pop-up eksklusif ‘Women’s Experience For Every Original’ di Tokyo. Kami juga ditemukan dengan ROSÉ’.
Undangan Levi’s ke Tokyo disambut penuh teruja, bukan saja bakala menemukan saya dengan bintang globalnya, ROSÉ’ (anggota Blackpink), malah saya sebenarnya lebih tertarik untuk mendalami hal wanita dan denim di Levi’s.
Saya percaya, ada banyak kisah menarik berkaitan perempuan dengan salah satu ikon dunia fesyen ini, yakni denim. Dan Levi’s sebagai ‘raja’ dalam dunia denim pasti menyimpan lebih banyak kisah menarik. Malah lebih menarik, kunjungan ke Tokyo kali ini membawa saya melawat dan melihat sebahagian proses penghasilan Levi’s di kilang.
WANITA & DENIM
Saya terus lompat ke hari ketiga kunjungan bersama Levi’s ini, yang mana pada hari terakhir ini para media ditemukan dengan Tracey Panek, pengarah arkib dan sejarah Levi’s, yang mana dia memang banyak bekerja menguruskan artifak dan bahan sejarah Levi’s.
Tracey memulakan sesi bersama kami dengan memainkan video kempen Levi’s yang dibintangi Beyonce (dilancarkan pada September 2024). Iklan itu adalah remake kepada iklan Levi’s yang dibintangi Nick Kamen pada tahun 1985.
Walaupun pada awal pengenalan Levi’s pada tahun 1873 apabila secara rasminya denim blue jeans dilancarkan dan memberi fokus pada pembuatan helaian untuk lelaki semata, namun penglibatan wanita dalam penghasilannya bermula sejak awal lagi.
Ini terbukti menerusi gambar sekumpulan wanita bekerja di kilang Levi’s termasuk dua beradik, Miriam danTheresa Goldmeier, Pada tahun 1890, Levi’s memperkenalkan Calico 501, rekaan seluar denim untuk lelaki.
Helaian ini kemudiannya dijumpai oleh Barbara Hunter pada tahun 1940-an sewaktu dia dan teman-temannya meneroka Gurun Mojave. Dan sejak itu dia memakai Calico 501 ke sekolah. Kemudian, pada tahun 1948, Barbara mendermakan seluar denimnya itu kepada Levi’s selepas menyedari cetakan logo pada seluar yang dipakaianya itu.
REKAAN PERTAMA LEVI’S UNTUK WANITA
Pada tahun 1918, Levi’s memperkenalkan ‘Freedom-Alls’ iaitu satu helaian yang menggabungkan baju dan seluar, dan potongan seluar ketika itu ialah balloon-pant. Hellion ini dicta untuk keselesaan buat wanita kala bekerja mahupun ketika santai, kerana pada waktu itu pemakaian seluar di kalangan perempuan belum lagi diterima secara sosial.
Pada tahun 1934, Levi’s melancarkan koleksi blue jeans pertama khusus buat wanita. Koleksi ini dinamakan sebagai ‘Lady Levi’s’ 701. Ia direka dengan potongan pinggang tinggi.
Viola Longacre, seorang pelajar di Fresno State University pada era 1930-an, memakai Lady Levi’s untuk activity luar bilik darjah dan menyimpannya sehingga hujung hayatnya, iaitu pada usia 101 tahun. Dan setahun selepas pelancaran Lady Levi’s, majalah fesyen Vogue mula menulis tentang kebangkitan gaya denim di dalam dunia fesyen wanita.
Bintang-bintang Hollywood juga mula rancak menggayakan Levi’s termasuklah simbol seks, Marilyn Monroe yang dilihat tampil dengan kemeja putih berpadanan dengan seluar jean di dalam filem terakhirnya, The Misfits.
Dan sebahagian revolusi gaya rekaan denim untuk wanita di Levi’s disimpulkan dalam satu ruang di pameran yang berlangsung di Tokyo ini. Tingkat pertama pop-up ini menampilkan Levi’s Women History Exhibition, yang menyorot evolusi gaya wanita menggayakan Levi’s dari tahun 1930-an hingga 1990-an, lengkap dengan suai padan dari koleksi hari ini yang menyerupai stail era-era tertentu.
ERA BAHARU, BERSAMA ROSÉ’
Apa yang menjadi highlight dan mencetus keterujaan tentunya kehadiran ROSÉ’ ke hari pembukaan. Idola K-pop global itu hadir sedondon denim, dan kami para media diberi masa lima minit untuk merakam kemunculan ROSÉ’ di atas pentas mini disediakan.
Usai acara bersama media, ruang yang sama ditransformasi dengan gantungan potret Rose dalam helaian denim. Dan apa yang menariknya tentang ruang ini, helaian yang digayakan ROSÉ’ sewaktu tour bersama Blackpink juga dipamerkan.
Melangkah ke aras tiga. koleksi kapsul baharu hasil kolaborasi bersama Rosé BLACKPINK. Koleksi ini menampilkan trucker jacket serta loose boot jeans dalam rona denim medium dan dark wash, lengkap dengan patch khas di bahagian belakang yang ditulis menggunakan tulisan tangan ROSÉ’ sendiri. Selain itu, zip dua hala pada jaket Trucker serta perincian logam perak menambah lagi keunikan rekaan ini.
“Saya mahu koleksi ini menangkap apa yang menjadikan Levi’s sebuah jenama klasik, tetapi pada masa yang sama terasa lebih peribadi—seolah-olah ia sesuatu yang datang terus daripada almari pakaian saya sendiri,” kata Rosé dalam satu kenyataan.
Pengunjung juga boleh memberikan sentuhan peribadi pada denim mereka dengan pelbagai aksesori eksklusif serta heat press patches yang menampilkan angka 11, iaitu tarikh lahir dan nombor kegemaran penyanyi tersebut. Koleksi pilihan Rosé ini turut dipamerkan bersama kempen ‘Keep It Loose’, yang turut menampilkan dirinya sebagai wajah kempen.
KEHADIRAN DAIYAN TRISHA, IMAN OPIE & TIMUR GABRIEL
Kunjungan kami ke Tokyo turut disertai beberapa selebriti dan pempengaruh fesyen dari sekitar Asia Pasifik. Tiga figura kegemaran ramai mewakili Malaysia iaitu Daiyan Trisha, Iman Opie dan Timur Gabriel.
Kesemua delegasi berhimpun sama pada malam pembukaan pop-up ini. Pelbagai activation disediakan selain pameran koleksi Levi’s yang disebutkan tadi. Terdapat tiga mini studio untuk merakam gambar dengan konsep serupa kempen Rose bersama Levi’s.
Di hari kedua, saya juga sempat merakam gaya Daiyan Trisha dan Iman Opie dengan pemandangan malam sekitar pusat bandar Tokyo, dan pastinya mereka lengkap dalam persalinan Levi’s.










