Lily Grace Moss, anak kepada model ternama, Kate Moss bakal mendominasi fesyen pada tahun hadapan. Kebelakangan ini, gadis muda ini mula bergiat aktif dalam lapangan fesyen sebagai model dan wajah kempen. Setakat ini, Lily pernah disunting Marc Jacobs, Miu Miu dan menghiasi muka hadapan Vogue Italia.
Semalam, sewaktu berlangsungnya pementasan Dior Men musim pra-luruh 2021, Lily diberi peluang secara eksklusif ‘duduk’ di front row. Bersama dengan selebriti yang dianggap rakan jenama Dior.
Dengan ‘duduk’ front row ia bermaksud, Lily menontonya secara virtual dari rumahnya sendiri (wherever that is!). Lily mendapat akses istimewa untuk menonton dan mendekati koleksi terbaharu tersebut sebelum orang lain dapat melihatnya. Sungguh bertuah!
Selepas tamatnya pementasan Dior Men musim pra-luruh 2021, Lily berkongsi penampilannya dalam rekaan terbaharu Dior Men. A total full look from Dior Pre-Fall 2021. Gadis berusia 18 tahun itu, sudah beberapa kali menghadiri acara-acara fesyen anjuran Kim Jones. Ibunya memang kawan rapat dengan Kim Jones.
Lily memakai ‘suit jacket’ multi warna yang dihiasi motif “Cheshire Cat” (kolaborasi bersama pengkarya seni, Kenny Scharf), seluar biru navy dan but Chelsea yang klasik. “Saya sudah obses dengan seluar biru navy ini,” kata Lily tentang penampilannya itu. Walaupun, ‘look’ dipakainya itu adalah garapan koleksi lelaki, namun Lily membuktikan ia turut boleh digayakan para wanita. Membuktikan rekaan Dior tidak fokus kapada satu gender dan identiti sahaja.
Tip fesyen Lily sangat mudah. Tidak sukar untuk diikuti. Katanya, dalam penggayaan harian, dia gemar menggabungkan helaian lelaki dengan perempuan. “Mixes Menswear” adalah trik gaya yang sering Lily amalkan. Terkadang, Lily akan pakai jaket denim lelaki yang longgar potongannya. Yang dipadankan dengan skirt lab atau clean denim fit berserta but tinggi. Tiada batasan untuknya memadukan rekaan lelaki dan perempuan. Selain gaya yang selesa, ia menonjolkan ‘attitude’ Lily.
Lily berpendapat, koleksi baharu Dior Men yang digemarinya ialah motif kartun yang ‘splashy’, yang mana menunjangi keseluruhan koleksi. Ada yang ditampilkan pada jaket, kot dan aksesori kecil. Kawan-kawan lelaki Lily pasti menyukai rekaan-rekaan tersebut. Tambah Lily lagi, lelaki seusianya semakin berani bereksperimen dengan fesyen. Which is good, right?
Sumber gambar: Google
Artikel berkaitan: Virtual Party? Cedok Look Knitwear Ini Untuk Stail Mantap