Kamu mempunyai saiz badan yang sedikit gempal? Merasakan motif bercetak tidak berapa sesuai dengan saiz badan? Andaian kamu salah! Pemilihan helaian yang bermotif cetak perlu bijak untuk menyembunyikan bahagian badan yang menampakkan saiz sebenar kamu. Bagaimana?
Gambar: wardrobelooks.com
Elakkan dari memilih helaian yang terlalu penuh dengan motif cetak. Contohnya, pilih blaus yang bercetak di bahagian hadapan sahaja manakala polos dibahagian belakang.
Gambar: www1.macys.com
Permainan ilusi pada dress sangat penting bagi menyorokkan saiz sebenar kamu. Cuba dress yang mempunyai ilusi pinggang ramping seperti gambar diatas.
Jika bahagian lengan kamu sedikit besar, elakkan dari memakai helaian tanpa lengan sebaliknya pilih yang mempunyai saiz lengan yang sedikit longgar dan pastikan ia tidak terlalu pendek.
Paling penting, saiz corak pada helaian memainkan peranan penting. Contohnya, jika kamu memilih motif flora, pastikan ia tidak terlalu besar kerana ia akan menampakkan saiz badan lebih besar.