Tahu tak dengan hanya sehelai skarf kamu boleh mempelbagaikan gaya? EH! kongsikan beberapa gaya yang boleh kamu cuba dengan hanya sehelai scarf.
Gambar: womenshealthmag.com
Gayakan sebagai head band di kepala. Kamu boleh pelbagaikan gayanya mengikut kesesuaian baju dan tempat dituju.
Gambar: pinterest.com
Ikatkan skarf pada beg tangan kamu. Mudah!
Gambar: womenshealthmag.com
Jika kamu mengenakan helaian polos, gandingkan bersama skarf yang dililit pada tali pinggang.
Gambar: womenshealthmag.com
Untuk gaya yang minimalis, jadikan skarf sebahagian dari aksesori yang kamu pakai.
Gambar: style-rx.blogspot.com
Sesekali bergaya dengan skarf yang diletak atau lilit pada leher boleh menjadi statement item untuk keseluruhan gaya kamu!