Anda sukakan aktiviti lasak dan dalam masa yang sama gemar berfesyen? Serlahkan keyakinan terhadap gaya dengan nasihat fesyen yang tepat dan sihat ini!
Sukan dan fesyen tidak dapat dipisahkan. Ia kini menjadi suatu kebiasaan untuk bergaya sambil mengenakan pakaian sukan sebagai pakaian harian mahupun ketika mengambil bahagian dalam aktiviti sukan. Pakaian sukan masa kini makin canggih untuk setiap kategori sukan tertentu sama ada kategori larian, gimnasium dan banyak lagi. Dorongan untuk memakai lebih banyak pakaian sukan didorong oleh peningkatan kesedaran kesihatan dan kesejahteraan secara umum bagi mereka yang gemar menjalani gaya hidup yang lebih aktif. Ini juga disebabkan oleh peningkatan penyertaan sukan di seluruh kumpulan umur seperti berbasikal, dan aktiviti sukan sosial yang lain.
Selaras dengan peningkatan kesedaran dan keinginan teknologi yang digunakan dalam reka bentuk pembuatan pakaian sukan termasuk compressionwear, breathable fabrics dan moisture management, ketahanan air dan bahan fabrik pencegahan daripada kecederaan juga tidak terkecuali. Bagi anda yang sukakan cabaran lasak dan dalam masa yang sama suka bergaya, EH! kongsikan lima tip pemilihan fesyen sukan yang sihat dan betul.