Geram betul! Baru sahaja beli kasut tetapi sudah rosak. Adakah anda mengalami situasi seperti ini? Jika ya, mungkin sebab utamanya adalah kerana anda tidak tahu menjaga kasut dengan betul. Di bawah ini kami senaraikan beberapa tip penjagaan kasut untuk memanjangkan hayat kasut anda.
Gambar: INGimage
1. Sekiranya kasut anda basah kerana hujan, jangan menggunakan pengering rambut untuk mengeringkannya! Biarkan ia kering di dalam suhu bilik. Haba yang berlebihan boleh merosakkan kasut, menjadikannya longgar, terkupas, pudar warna dan mudah merekah.
2. Simpan kasut di dalam tempat yang terbuka untuk membolehkannya bernafas. Ia juga dapat mengelakkan kasut daripada berbau.
KAKI SARAH JESSICA PARKER ROSAK KERANA HIGH HEELS >>
3. Sumbatkan kertas atau surat khabar lama di dalam kasut untuk mengekalkan bentuknya.
4. Kasut kanvas atau berfabrik boleh dicuci menggunakan mesin basuh atau cucian tangan. Tetapi anda harus meletakkan surat khabar lama di dalam kasut tersebut sebelum dicuci untuk mengekalkan bentuknya.
5. Sekiranya kasut anda kotor atau terkena lumpur, basuh dengan segera. Lumpur membuatkan kasut anda cepat reput.