Apa kata untuk Lebaran ini tampilkan gaya berani dengan mainan warna yang pelbagai supaya kamu menjadi perhatian semasa berkunjung ke rumah sanak saudara atau sewaktu menghadiri majlis open house nanti.
Usah segan bermain dengan color blocking raya ini. Pilih adunan rona kreatif yang boleh merakam gaya baru yang segar!
- Cuba elakkan gandingan rona hitam yang akan merosakkan keseluruhan look kamu. Gantikan rona hitam itu dengan rona biru gelap. Pasti lebih menarik.
Gambar: Rizalman untuk Zalora
- Permainan rona from head to toe perlulah serasi. Rujuk gaya pentas peragaan sebelum berjumpa tailor untuk menempah baju raya.
CARA MENGENDALIKAN HUTANG KAD KREDIT RAYA
- Ini penting! Pilihan rona perlulah sesuai dengan ton kulit kamu. Jangan nanti orang nampak baju lebih daripada pemakainya.
Gambar: Baju ilham etnik, Mimpi Kita