Kepada mereka yang celik trend dan fesyen, rujukan utama mereka di dalam pemakaian bukan sahaja dengan menyaksikan peragaan fesyen antarabangsa tetapi dengan merujuk kepada ikon-ikon fesyen barat dan salah seorang daripada mereka adalah Alicia Vikander. Jadi, apakah trend utama pilihan Vikander musim ini?
KENALI ‘IT’ GIRL EDIE CAMPBELL >>
KOLEKSI BUSANA PENGANTIN PERTAMA ALIA BASTAMAM >>
Fabrik Baldu
Siapa kata anda perlu mendedahkan aset anda untuk kelihatan seksi? Vikander kelihatan elegan dan seksi mengenakan gaun baldu koleksi musim luruh 2012 Gucci di Tayangan Perdana Anna Karenina. Pilihlah fabrik baldu, tidak kiralah gaun, jaket, seluar atau kemeja kerana ia bukan sahaja di antara trend terhangat musim ini tetapi fabriknya juga nampak mahal.
Peplum
Mungkin anda merasakan zaman peplum sudah berlalu, tetapi sebenarnya tidak. Alicia mengenakan blaus peplum putih dengan seluar hitam ketika dijumpai di New York. Walaupun tampak ringkas, dia masih menyerlah dan blaus peplum itu mencantikkan gaya kasualnya.
Fabrik Kulit
Satu lagi fabrik yang menjadi trend pada musim ini adalah kulit. Jika anda keluar membeli-belah, jangan lupa skirt kulit dan seluar panjang atau seluar pendek kulit di dalam senarai anda.
*Lebih gaya Alicia Vikander pilihan Yana Baharudin di halaman 102 EH! edisi Mac.