Koleksi kapsul Toga Archives x H&M bakal tiba pada 2 september kelak dan EH! ada senarai apa yang hangat perlu anda beli miliki!
Sememangnya, kolaborasi H&M paling kita semua nantikan. Jenama Sweden ini bijak bermain dengan pasaran kolaborasi. Setiap jenama yang mereka undang, pasti yang cool, berstatus tinggi atau label cult. H&M juga tahu pentingnya platform mereka miliki untuk membantu jenama yang kurang didengari pada peringkat global. Membantu menaikkan label dari negara-negara tertentu untuk dunia. Kini, tiba masa Toga untuk diberikan perhatian dengan pelancaran Toga Archives x H&M pada awal September ini. Jangan lupa lock your date pada 2 September untuk misi mendapatkan koleksi ini.
Koleksi ini cukup kuat berpaksi pada estetik Toga. Pengarah Kreatifnya, Yasuko Furuta cukup menjiwai rekaan yang sensual bersama esen western. Melalui koleksi ini, jelas dengan pemilihan fabrik dan siluet dress yang seksi dengan berbalas pula gabungan sut yang dipinjam daripada jejaka. Ada juga perincian cut-out yang sudah sebati dengan Toga. Cadangan Furuta adalah gayakan helain yang ada cut-out begitu sahaja atau lapiskannya dengan baju atau seluar yang glamor, seperti yang sarat labuci. Nah! itulah gaya estetik Toga!
Ini adalah hot items daripada koleksi ini!
Pautan Berkenaan: BAPE® X Coach, Menggemilangkan Trend ‘LOGOMANIA’