Daripada busana potongan couture moden kepada potongan melayu klasik dan fabrik sutera mewah hingga renda, 5 pereka busana pengantin Malaysia ini sememangnya terkenal dengan sentuhan ajaib mereka, meraikan hari pengantin sehari yang terbaik di luar sana.
Persiapan untuk hari besar anda boleh menjadi sangat tertekan. Daripada menyenarai senarai tetamu kepada menetapkan tema hingga kepada memilih lokasi utama, bakal pengantin perempuan pasti inginkan segalanya sempurna pada hari besar mereka. Mungkin yang paling menakutkan adalah tugas untuk mendapatkan gaun pengantin yang sempurna, lebih-lebih lagi jika anda tidak pernah mencubanya.
Setiap wanita pasti mempunyai majlis perkahwinan idaman dan mahukan segalanya sempurna di hari bahagia mereka. Salah satu perkara yang akan membuatkan majlis tampak sempurna adalah busana yang dikenakan pada hari tersebut meninggalkan kesan ‘Auw‘. Pasti keyakinan memuncak apabila mengenakan persalinan pengantin rekaan pereka busana pengantin kegemaran dan mengikut tema impian perkahwinan anda.
Berikut merupakan di antara pereka busana pengantin di Malaysia yang menjadi kegilaan ramai bakal pengantin:
1. Rizman Ruzaini
Antara pereka fesyen busana pengantin pilihan selebriti Malaysia, dari sosok Elfira Loy, Izara Aishah dan Fasha Sandha, Rizman Ruzaini menempah kegilaan pengantin lain untuk turut merasa pengalaman pengantin eksklusfi #RizmanRuzainiBride, dengan signifikasi foto mereka yang turut menjadi pilihan.
2. Alia Bastamam
Atelier pengantin rekaan Alia Bastamam tidak memerlukan pengenalan lagi. Gaun perkahwinannya yang dibuat mengikut ukuran sangat diidamkan oleh bakal pengantin dan siluet jatuh beralun membuatkan rekaan pengantin Alia Bastamam unik dan menyerlahkan sisi feminin wanita. Jika anda mencari siluet yang anggun dan ultra feminin, tempah slot anda dengan Alia Bastamam segera!
3. Seth & Luna Malaya
Potongan klasik dan moden yang pelbagai, dari pemilihan fabrik yang simple kepada tradisional songket, Seth & Luna Malaya akan mengabdikan momen bahagia anda dengan sentuhan kreatif dan magis. Kian menempa nama dalam industri fesyen, gerapan kreatif yang mentafsirkan karya agung turut menjadi pilihan selebriti Malaysia dan sosialit.
4. FIZIWOO
FIZIWOO, jenama fesyen Malaysia mewah yang diasaskan oleh pereka Hafizi Radzi Woo ini pernah menjadi pilihan YB Nurul Izzah dalam majlis tertutup perkahwinannya. Pernah mencipta sejarah mempersiapkan busana pengantin Mira Filzah selama 500 jam, ramai yang memuji keindahan busana pasangan itu yang sememangnya cukup cantik dan memukau.
5. HATTA DOLMAT
Bukan sahaja mereka pakaian Ready To Wear, Hatta Dolmat turut memberi khidmat eksklusif buat pasangan pengantin yang inginkan sentuhannya pada hari bahagia. Antara selebriti yang pernah memakai busana pengantin Hatta ialah Intan Ladyana yang sah bergelar suami isteri kepada Harris Alif, 23, dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
6. Nurita Harith
Memperkasakan siluet wanita yang lembut dan teguh, perincian alur fabrik yang mengikut bentuk badan, Nurita Harith kerap menghiasi hari bahagia selebriti mahupun di hari raya. Namakan sahaja minimalis, renda, potongan moden, Nurita Harith pasti memenuhi impian pengantin anda.
7. Teh Firdaus
Ingin memiliki reka busana yang keseluruhan tampak manis dan ‘effortless‘, alihkan perhatian anda kepada Teh Firdaus. Aura pemilihan yang pelbagai dari warna renda dan perincian sulam tangan, Teh Firdaus antara pereka mahir mereka idea busana perkahwinan.
8. dplkl
Davis Paul Lister telah merekakan busana terbaik, banyak buat pengantin di luar sana. Dari siluet badan yang runcing dan kembang kepada hiasan indah, dplkl adalah tempat realisasi perkahwinan yang terbaik dan halus seni buat pengantin yang inginkan sentuhan magikal berbeza dari pereka lain.
9. Shanel Harun
Atelier yang mempersonakan, Shanell Harun antara pereka mencipta reka bentuk pakaian perkahwinan yang sesuai untuk hari diraja anda. Daripada songket mewah hingga gaun yang berkilauan, bayangkan hari bahagia anda pasti indah memukau seperti selebriti.
10. Zaimi Zulkafli
Zaimi Zulkafli sememangnya dikenali sebagai seorang pereka fesyen kreatif dan sentiasa menghasilkan sesuatu diluar kotak. Sentiasa menampilkan siluet tulus dan suci, rekaan Zaimi Zulkafli turut menjadi idaman setiap pengantin Malaysia. Antara selebriti yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya dengan busana pilihan, Shila Amzah dan Ubai kelihatan anggun dan kacak dalam persalinan sedondon berona putih rekaan Zaimi Zulkafli.
Baca: 5 Gaun Perkahwinan Selebriti Hollywood Tercantik Dunia