Topshop dan Topman adalah jenama yang dikenali kerana gaya chic, trendy dan stylish. Bertepatan dengan rekaan urban yang dibawa, Topshop dan Topman memperkenalkan koleksi musim bunga/panas 2013 mereka di dalam Pool Party yang dianjurkan di Luna Bar, Jalan P Ramlee. Tip untuk semua stailista di luar sana, Topshop dan Topman mengetengahkan fabrik denim, fabrik bercorak polka dots dan bunga serta crop top di dalam koleksi terbaru mereka. Bolehlah anda mula mencari pakaian tersebut untuk terus menjadi celik fesyen dan trendy!
KOLEKSI BUSANA PENGANTIN ALIA BASTAMAM >>
[wowslider id=”2″]Acara Pool Party mereka ini dimeriahkan lagi dengan putaran lagu oleh Darren Ashley dan Arabyrd. Pengarang fesyen kami, Yana Baharudin dan Penolong Pengarang Fesyen Majalah GLAM, Aizat Aidid turut hadir menyerikan majlis. Untuk pengetahuan anda, Topshop dan Topman turut menyediakan perkhidmatan personal shopper. Nampaknya, tidak perlulah anda pening kepala lagi ketika membeli belah selepas ini kerana ada pembantu peribadi fesyen yang sudi membantu!