Trend fesyen berputar kembali, sentiasa pantas menular dek media sosial dan peragaan di bulan fesyen. Naik taraf gaya anda dengan trend bakal popular menjelang 2024.
Industri fesyen sentiasa berubah, trend baharu meningkat dan menurun melalui proses yang dikenali sebagai kitaran fesyen. Beberapa trend yang digemari Milenium pada tahun 90-an kini kembali semula dapat dilihat di merata tempat terutama sekali di aplikasi TikTok dan Instagram. Hampir semua orang mempunyai sepatu ikonik, flat balet kerana ia sedang melonjak naik.
Generasi yang lebih muda berjaya menjadikan detik-detik milenial sebagai fesyen baharu yang diinovatif untuk menjadikannya sebagai sebahagiaan identiti mereka. Trend fesyen ini juga dapat dilihat semasa koleksi diperagakan semasa Bulan Fesyen. Tarik nafas baru dan jom semak 13 trend fesyen bakal popular perlu anda cuba menjelang tahun baharu 2024.
1. Pantyhose bercorak dan berona terang
Pantyhose ialah aksesori yang dapat dilihat di mana-mana sahaja. Tapi bukan sekadar pantyhose yang biasa berona kulit atau hitam, pantyhose yang bercorak ataupun berona terang semestinya memberi impak dan daya tarikan. Ramai selebriti menggayakan pantyhose ini dengan memakainya tanpa seluar dan memadankan dengan baju oversized atau dress mini
2. Tali pinggang utiliti
Apa yang kita tahu, tali pinggang utiliti digunakan oleh buruh sebagai cara mudah untuk membawa peralatan mereka. Tetapi hari ini, tali pinggang ini telah diinovasi, melalui pelbagai perubahan dan secara rasmi dilabel bergaya. Ia berfungsi sebagai bag kecil untuk menyenangkan anda tetapi tidak semestinya ia mengganti bag anda, ia juga boleh dijadikannya sebagai aksesori semata. Tali pinggang utiliti ini unik, menyuntik gaya edgy kepada look anda.
3. Sarung tangan
Sarung tangan sering menjadi pilihan untuk dipakai pada acara penting. Sarung tangan ini akan menaikkan gaya anda walaupun anda hanya memakai tee putih dan seluar jean. Lupakan sarung tangan yang biasa dan pakai sarung tangan yang mempunyai efek dramatik atau warna menjerit walaupun anda hanya keluar berdekatan sahaja.
4. Lengan baju ekstra panjang
Memakai baju yang mempunyai lengan ekstra panjang mencipta siluet yang menarik. Untuk tidak membuatkan gaya itu terlalu sarat, anda boleh menggayakan dengan skirt mini dan but tinggi bagi mewujudkan keseimbangan pada gaya. Jika anda berhijab pula, boleh saja anda mengenakan kain panjang dan sepatu tajam di bahagian hadapan.
5. Aksesori pada bag
Trend ini semestinya diinspirasi oleh Jane Birkin apabila bag birkin ikoniknya ditambah aksesori yang pelbagai. Kini, orang ramai lebih lebih lagi Gen Z memilih untuk dekorasi bag peribadi dengan rantai, charms, reben, pelekat. Dengan menambah aksesori, ia bukan sahaja menaikkan gaya bag itu, malah ia juga membuatkan anda kelihatan sangat cool!
6. Gaya berbulu
Gaya berbulu ialah fesyen yang tidak lapuk dek zaman. Setiap tahun pasti akan menjadi pilihan generasi kini. Selain jaket dan kasut berbulu yang sering digayakan, tiba masanya topi berbulu mengambil bahagian. Ia menjadi trend apabila dilihat di aplikasi TikTok dengan video tular ‘gadis slavic’ yang memakai satu set bulu tetapi yang menjadi perhatian ialah topinya. Selepas penularan itu, topi berbulu menjadi hangat di pasaran.
7. Cermin mata ‘Bayonetta’
Cermin mata Bayonetta nampaknya aksesori paling seksi untuk dipakai pada masa ini. Istilah cermin mata Bayonetta hanya mula terkenal apabila trend pemakaian korporat Y2K muncul di TikTok dengan pengaruh berkaca mata yang memakai skirt pensil dan baju putih berbutang, bercosplay sebagai pekerja di pejabat. Cermin mata ini bukan sekadar aksesori fesyen, ia adalah ‘statement’ untuk gaya anda. Anda pasti sudah lihat model ikonik, Bella Hadid memakainya dan rata-rata selebriti turut mengikut trend ini jadi tiada istilah untuk anda tidak memakai kaca mata ini!
8. Aksesori rambut ekstra
Rambut ialah mahkota bagi setiap wanita, dan ia juga menjadi fokus utama apabila berhadapan dengan orang ramai. Aksesori rambut ialah cara untuk menaikkan gaya dan menambahkan sentuhan ekstra pada penampilan anda. Daripada dandanan rambut yang bergaya hinggalah ke klip rambut yang ekstra, penggayaan ini pasti akan menangkap mata orang sekeliling!
9. Sepatu ‘Statement’
Cara untuk menyerlahkan mana-mana gaya ialah dengan memakai sepasang kasut ‘statement‘. Tidak kisah apabila anda memakai gaya biasa, kasut semestinya memberi peranan. Kasut yang membuatkan anda menang gaya ialah kasut berwarna berani, sulaman, hiasan atau apa sahaja selain selipar harian anda! Salah satu gaya kasut yang paling popular sekarang ialah flat balet berwarna terang seperti silver, emas dan merah. kasut asas tona neutral, juga cantik tetapi sudah tiba masanya untuk menyerikan gaya harian anda dengan kasut yang menyerlah!
10. Beg Briefcase
Berbeza dengan beg bersaiz micro yang telah mendominasi tahun ini, Beg briefcase mula membuat kemunculan besar semula. Beg ini memberi sentuhan ‘timeless‘ di mana anda akan kelihatan profesional. Tambahan pula, anda boleh mengubah suai bag itu dengan menambah aksesori seperti diterangkan di atas.
11. Layering seperi kek
Layering pakaian anda ialah sesuatu yang hanya orang berani saja mahu lakukan. Layering seperti kek ialah di mana anda melapiskan pakaian anda dengan fabrik yang pelbagai jenis seperti fabrik jarang, bercorak dan berenda. Penampilan ini semestinya akan menarik perhatian dan membuat anda menang gaya!
12. Bows
Tahun 2024 pasti akan menjadi tahun di mana gaya fesyen coquette menular dipakai oleh Milenium dan Gen Z. Bows biasa dilihat apabila mendandan rambut tapi kali ini, ia amat ekstra di mana kita menghiasi pakaian, kasut, rambut dan perhiasan dengan perincian bow. Bow besar atau bow kecil, kedua-dua itu akan melengkapkan gaya anda!
13. Seluar Skinny
Seluar skinny sentiasa menjadi kontoversi apabila orang ramai mengatakan bahawa ia sudah rapuh dalam dunia fesyen lebih-lebih lagi seluar jean skinny. Tetapi apa yang dapat dilihat, konsep seluar skinny sama sahaja seperti pantyhose atau leggings jadi tiada masalah untuk anda menggayakan seluar skinny. Mungkin jenis fabric dan cara penggayaan akan merubah aspek seluar skinny terhadap orang ramai. Anda boleh mencuba menggayakan seluar skinny kulit atau skinny jeans berona coklat dengan memakai but tinggi bagi menampakkan kelainan.