Sudah tiba masanya untuk anda ikuti trend fesyen musim bunga/panas 2024 yang telah mengambil alih seluruh media sosial.
Jika gerobok pakaian anda mula berasa agak bosan, anda bernasib baik! Musim baharu ini membawa banyak inspirasi segar daripada runway musim bunga/panas 2024. Lebih menarik, trend ini semua sebenarnya boleh dipakai harian, daripada sepatu balet kepada tali pinggang statement.
Lapisi bersama fabrik sheer


Fabrik sheer kembali menguasai dunia fesyen, menyambut era nostalgia dan berpengaruh daripada supermodel pada awal era 90-an dan trend Y2K. Setakat ini, saya telah melihat trend ini semakin popular yang dapat dilihat dalam beberapa runway, termasuk memanipulasi bentuk dan struktur fabrik untuk mencipta reka bentuk baharu.
Gaya ini terkenal untuk menampakkan kulit kerana jarang tetapi anda tidak perlu mendedahkan untuk mencuba trend ini, sebaliknya anda boleh lapiskan fabrik sheer ini dengan pakaian anda belah dalam agar tidak menampakkan kulit.
Tali Pinggang Statement


Bagi saya tali pinggang statement ini akan membuatkan anda kelihatan HOT! Atas pentas runway, Ferragamo dan Tom Ford antara yang membuktikan bahawa penampilan yang cantik boleh menjadi luar biasa dengan penambahan aksesori yang menarik perhatian.
Tidak kisah sama ada anda memakai baju kosong bersama jean ataupun gaun, penambahan tali pinggan statement ini pasti menangkap mata orang sekeliling anda!
Sepatu Balet


Bagi saya, sepatu balet ini telah menguasai dunia fesyen di mana semua wanita menyukai trend ini. Tidak kisah gaya coquette atau boyish, sepatu balet ini menjadi statement kepada gaya para wanita.
Simone Rocha dan Versace antara yang membawa sepatu balet ke atas pentas runway.
But Koboi


Yeehaw! But koboi tidak meninggalkan tanda-tanda untuk keluar dari dunia fesyen, menjadi lebih terkenal dengan rekaan yang baharu. Apa yang dapat kita lihat pada Runway musim bunga/panas, Ganni dan Celine menggayakan but koboi dengan gaya moden dan saya rasa ia sangat unik memberikan penegasan kepada gaya.
dipadankan dengan gaun mahupun seluar, but koboi ini pasti menaik taraf gaya anda!
Snikers ‘Slim’


Sepatu Chunky telah menguasai dunia fesyen sebelum ini dan kini memberi peluang kepada sepatu yang mencengkam kaki. Pada Runway musim bunga/panas, terlihat banyak yang menggunakan snikers ‘slim’ untuk melengkapi rekaan mereka seperti Miu Miu dan Issey Miyake
Snikers ini sesuai digayakan dengan semua jenis fesyen dan untuk kelihatan lebih extra, pastikan snikers itu berona terang!
The Modern Flapper


Runway yang menyerlah itu menobatkan sebagai trend yang dipanggil “the modern flapper”. Flapper yang dimaksudkan ialah flapper dress yang sangat popular pada era 1920-an, untuk wanita yang berani dalam dunia fesyen
Dengan sentuhan moden seperti paco rabbane menggabungkan fringe bersama besi dan khaite melapisi gaun fringe dengan blazer kulit, sudah terang lagi bersuluh fesyen ini sesuai dinamakan “the modern flapper”
Metalik


Metalik nampaknya tidak pernah meninggalkan orbit trend fesyen, hari demi hari dengan rekaan baharu. Versace menggabungkan metalik bersama neon, dan the OG label fesyen yang sering menggunakan metalik pada setiap rekaan, Paco Rabanne.
Mungkin sebab ini lah metalik tidak akan berundur dalam dunia fesyen!
Baca: Segalanya Tentang Gaya Sabrina Carpenter Dalam Video Muzik ‘Please, Please, Please’