Milan Fashion Week SS27 bakal berakhir, terdapat banyak trend fesyen yang menyerlah dan bakal mula kita terapkan dalam gaya pemakaian seharian.
Kesimpulan terbesar daripada pertunjukan fesyen di pentas peragaan ialah segala-galanya berkisar tentang dimensi. Fabriknya dinamik dan menyeronokkan. Tekstur kekal sebagai elemen penting dalam beberapa penampilan yang paling mendapat perhatian. Malah, tiada istilah terlalu banyak lapisan atau aksesori.
Namun, bahagian yang paling menarik ialah semua elemen eksperimental ini digabungkan dengan item asas almari pakaian yang tidak lapuk dek zaman. Minimalisme klasik bertemu dengan gaya berani yang penuh keyakinan, menghasilkan keseimbangan yang tepat.
Ini antara trend kami spotted di Milan Fashion Week SS27
Colourful Looks
Topi
Rantai Leher Panjang
Layering
Pattern On Pattern
Chocker
Baca: Para Tetamu yang Hadir ke Prada SS27 di Milan Fashion Week















