Oleh: Farhana Fuad
Gambar : www.daily.co.uk
Padanan serba hitam sebenarnya tidak pernah tampak bosan jika kita tahu teknik sebenar penggayaannya. Fesyen serba hitam tidak pernah ketinggalan zaman kerana kekuatannya dalam keluarga warna serta mudah untuk disuai padankan dalam apa jua tema tidak kira formal atau kasual.
EH! kongsi tip untuk hidupkan padanan serba hitam.
Padankan bersama tali pinggang
Secara amnya kita tahu yang rona hitam membuatkan tubuh kelihatan lebih langsing. Tetapi kenapa tidak berikan penampilan itu dua kali lebih langsing dengan menggunakan tali pinggang? Cuba gayakan jaket labuh bersama tali pinggang bersaiz sederhana, pastinya ia menonjolkan lagi penggayaan yang serba hitam berstail.
Suai padan bersama helaian hitam grafik
Cuba padankan helaian hitam bersama helaian yang direka dengan motif atau corak grafik untuk tambah elemen cool pada gaya serba hitam anda.
Tambah aksesori pada padanan hitam
Untuk menaikkan aura pada penggayaan rona yang dikatakan boring dan kusam ini, ianya mudah hanya dengan menambah aksesori tambahan. Skarf, rantai leher atau mungkin dompet statement yang menjadi kunci kepada gaya padanan hitam itu terserlah.
Suai padan bersama helaian bermaterial jarang
Gayakan ceraian fesyen berona hitam dengan material yang jarang untuk tampak lebih stail dan terkini.