Teks : Razin Mohd
Jenama tudung mudah pakai asal Lebanon ini tampil dengan koleksi lebih menarik, lebih warna dengan corak-corak flora yang bakal jadi pelengkap gaya anda raya ini!
Atas sambutan yang cukup memberangsangkan, hari ini jenama tudung tersohor Bokitta tampil dengan koleksi baharu dalam pilihan tudung bercetak bunga-bungaan yang pasti menjadi item wajib untuk dimiliki.
Dikenali sebagai koleksi La Vie En Rose, himpunan tudung kali ini diberi pengkhususan corak yang diinspirasikan dari Perancis dalam cetakan bunga mawar, tulip, kekwa dan banyak lagi!
Sudah mendapat sambutan yang memberangsangkan yang mana habis terjual dalam tempoh satu hari sama ada jualan atas talian mahupun di butik, 20,000 helai tudung ini direka menggunakan lukisan tangan dengan hasil seni motif bunga.
Tampil dengan lapan jenis potongan, koleksi La Vie En Rose ini juga didatangkan dalam empat jenis potongan saiz iaitu Voila, Voila Maxi, Chic dan Chic Maxi. Menambah keistimewaan pada koleksi tudung ini setiap helai darinya didatangkan dengan juraian manik, jemeki atau mutiara.
Dapatkan koleksi ini melalui laman web www.bokittalover.com atau di Parkson Mytown, Setia City Mall dan Suria KLCC juga di stor flagship di Nu Sentral Shopping Centre serta Ayer8, Putrajaya.