TUMI perkenalkan barisan beg riang, santai dan canggih yang pelbagai guna dalam bentuk yang dinanti-nantikan – TUMI Essentially Beautiful.
Koleksi bagasi ragam rupa yang mengutamakan keperluan mobiliti baru yang memenuhi keperluan pengembara masa kini, TUMI memperkenalkan reka bentuk kontemporari, multi fungsi, dan elegan, membuat urusan perjalanan harian lebih lancar tidak mengira waktu bekerja mahupun kembara. Antara pelengkap yang mesti dimiliki andai mengembara, TUMI, sentiasa menyasarkan gaya beg kukuh yang terkini dan canggih membantu orang ramai bergerak dengan lebih bebas.
TUMI terkenal dengan produk kembara berkualiti tinggi dan gayanya yang sentiasa sempurna dalam menyeimbangkan antara kemudahan dan keanggunan, kali ini memperkenalkan koleksi Musim Luruh 2023.
19 Degree.
Koleksi TUMI 19 Degree ini didesainkan dengan cengkerang yang terbuat daripada pasca industri – polikarbonat kitar semula dan lapisan PET (botol plastik kitar semula). Sentuhan tekstur cengkerang yang baharu dan warna segar; Slate Blue Texture, Blush/Navy Liquid Print, Hunter Green dan Deep Plum menawarkan gaya halus dan sofistikated. Boleh dikembang luas dengan hanya membuka satu zip, bagasi ini turut tersedia dalam saiz carry-on.
19 Degree Aluminum.
Koleksi 19 Degree Aluminum dicipta untuk pengembara moden yang sukakan jalan beribu tanpa batasan dan ia tersedia dalam warna Blush dan Silver!
TUMI memperkenalkan koleksi Musim Luruh 2023, Essentially Beautiful, antaranya tas tangan Georgica yang lebih chic dan anggun.
Datang dalam tekstur beg kulit nan halus, koleksi Georgica ini menawarkan gaya minimalis dengan bentuk elegan dan struktur lembut antaranya Valorie Tote, Milinia Laptop Sleeve, Marylea Crossbody dan Fairlea Backpack.
Jika dilihat pada warna pula, TUMI pada karya Georgica diperbuat daripada bijirin semula jadi dalam warna classic black dan taupe natural. Manakala Smooth Leather dalam warna terracotta.
Direka untuk mengikat emosi wanita dan masa kembaranya yang sibuk dengan gaya hidup bercita rasa, TUMI menawarkan koleksi baharunya, Georgica, tas tangan peribadi yang chic dan bergaya. Senadi dengan penggorak fesyen dan selebriti yang kian meningkat, Reneé Rapp dilamar menjadi wajah kepada kempen Georgica yang padan dengan personaliti dan gaya hidupnya.
Tambahnya lagi, beg galas merupakan kegemaran begnya kerana ia mudah dibawa dan digayakan. Mengetengahkan trik dan ciri praktikal yang mudah, koleksi ini mengambil estetik rekaan yang minimal dan kemas, lalu mengolah dengan bentuk dan saiz yang ultramoden. Gaya, reka bentuk dan juga material kulit yang baik menjadikan tas tangan ini sangat versatil, sesuai digayakan pada siang dan malam, lantas bakal menjadikan TUMI Georgica menjadi kegilaan penggemar fesyen kini. Pengembangan zip yang sempurna dengan perincian tas tali yang kukuh dengan ciri pendalaman luas, mampu memuatkan barangan penggembara yang tiada batasan.
Dari percutian yang mewah ke hari yang sibuk, koleksi musim luruh 2023 TUMI kini tersedia di semua stor fizikal di seluruh negara dan stor dalam talian TUMI Malaysia DISINI. dan untuk pembelian terus dalam talian koleksi tas tangan Georgica, anda boleh lawati ke laman terus, DISINI.