Jenama fesyen Jepun, Onitsuka Tiger peka dengan kemahuan sekarang. Menghadirkan item gaya yang bukan sekadar praktikaliti, malah memfokuskan kepada faktor fesyen. Lalu menghadirkan rangkaian sniker baharu yang diinovasikan dengan gabungan fesyen dengan sukan serta warisan jenama bersama penginovasian. Dengan itu, Onitsuka Tiger perkenalkan sniker Ultimate 81 MP.
Sempena meraikan ulang tahun kasut larian yang ke-40, yang direka pada tahun 1981 menerusi gerakan teknologi ketika era itu, model ULTIMATE 81 MP, merupakan rangkaian yang diperbaharui dengan gaya terkini berdasarkan intepretasi moden. Tentunya, menarik minat golongan baharu yang rata-ratanya menggemarkan fesyen jalanan.
Meskipun mewarisi elemen khusus pada era itu, model ini diselaraskan dengan ke arah rekaan kontemporari dan bersifat minimal, yang disesuaikan dengan kepelabagaian gaya masa kini. Bahagian tapak tengahnya, yang terdiri daripada dua lapisan, menggunakan bahan unik, sekali gus menjadikan kasut ini lebih fokus kepada aspek stail dan keselesaan.
Sebagai tambahan, rona baharu pada model FABRE MP yang bertunjangkan kepada warisan kasut gelanggang FABRE dan model REBILAC RUNNER MP yang asalnya adalah kasut larian, juga akan diperkenalkan. Satu lagi inovasi baharu Onitsuka Tiger, dalam memperkasakan rekaan kasut yang bertepatan dengan permintaan generasi fesyen masa kini. Menambah lagi opsyen untuk meningkatkan stail sepanjang 2021.
Berdasarkan salah satu model ikonik Onitsuka Tiger, kasut berteknologi tinggi ini akan menyerlahkan rekaan minimal, namun memiliki penggayaan yang maksimum. Ia lebih sekadar daripada fesyen, siri Monsterpiece ini dicipta untuk impak versatil, sesuai bagi aktiviti latihan dan acara santai.
Artikel berkaitan: Roger Federer, Ikon Sukan Pilihan UNIQLO