9. Lizzy Gardiner (1995)
Pereka pakaian kostum, Lizzy Gardiner telah tampil dengan gaun rekaannya sendiri, yang diperbuat daripada kad emas American Express di Academy Awards 1995. Menarik perhatian ramai, kad yang digunakan adalah merupakan kad yang asli, tetapi telah tamat tempoh.
Pada tahun itu, Lizzy telah memenangi Oscar bagi anugerah Best Costume Design, untuk The Adventures of Priscilla, Queen of the Desert. Namun, pakaian yang diperagakan Lizzy pada malam itu, tidak menang dihati pihak ramai.