1. Billie Eilish (2022)
Bad Guy atau Bad Dress? Memilih untuk hadir dengan gaya seba hitam, penyanyi pop ini menggayakan gaun ruffle yang ringkas pada malam Oscars yang ke-94. Umumnya, Billie Eilish memang dikenali dengan gaya fesyen yang berani. Bermula daripada rambut hijaunya yang mencolok mata, hingga ke gaya yang seakan-akan Marilyn Monroe di Met Gala 2021. Penampilannya sentiasa menjadi bualan hangat.
Tetapi berbeza dengan kali ini, gaya Billie di Oscars 2022 mendapat kritikan ramai. Gaun hitam dari Gucci ini, seakan menenggelamkan si pemakai kerana siluetnya yang agak berat. Mungkin juga pemilihan warna yang tidak sesuai, membuatkan penampilannya kelihatan seperti ‘mood’ yang tidak baik.