2. Gabriella Wilson, H.E.R (2022)
Suka tampil dalam gaya warna yang memukau perhatian ramai, penyanyi yang mudah disapa sebagai H.E.R, memilih palet warna kuning untuk penampilannya kali ini. Namun mungkin siluet pakaiannya yang agak biasa dan ringkas menjadikan ‘look’ ini dikritik ramai.
Menggayakan busana dari Carolina Herrera dengan gabungan aksesori dari Chopard, siluet pakaian H.E.R, tidak berjaya menyampaikan gaya fesyen seperti yang diharapkan.